Monday, July 5, 2010

Sebuah Kampung Di Pinggir Negeri

Terima kasih kepada saudara Jzan atas inisiatif beliau mencantikkan blog ini dengan suntingan gambar beliau yang cukup mengancam.Terima kasih juga kerana telah menyediakan entry khas berkenaan Jalan Keretapi Pinang Tunggal.Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan kampung Pinang Tunggal ini dari segi Geografi dan Demografinya.Pinang Tunggal adalah sebuah kampung tradisi yang wujud sejak zaman kesultanan kedah Tua lagi.Kedudukannya yang terletak di tebing Sungai Muda telah menyaksikan sejarah peradaban yang berabad lamanya.Kini Pinang Tunggal terbahagi kepada dua iaitu Pinang Tunggal Kedah dan Pinang Tunggal Pulau Pinang.Kedua dua Pinang Tunggal menyimpan sejarah yang sarat dengan pelbagai kenangan manis dan pahit.Insyaallah apabila bulan Ogos nanti saya akan membawa anda semua menyorot sejarah Pinang Tunggal khususnya Pinang Tunggal Pulau Pinang. Walaubagaimana pun Pinang Tunggal Kedah juga menyimpan seribu satu misteri khususnya tentang kewujudan Kesultanan Kedah dan warisnya yang mendiami kawasan ini.Hal ini dibuktikan dengan sebuah kubur bersejarah di sebelah tebing sungai Muda di dalam Pinang Tunggal Negeri Kedah.Anda boleh melayari web sejarah kedah di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.Sejarah Kedah. Bukti kewujudan sejarah yang panjang di Pinang Tunggal Pulau Pinang pula adalah peninggalan beberapa tinggalan sejarah dan juga yang menariknya terdapat sebuah kampung yang dikenali Kampung Siam. Kampung Siam terletak berhampiran dengan kampung Padang Beka.Di Kampung ini yang letaknya di tengah sebuah pulau dikelilingi sawah padi, majoriti penduduknya adalah berketurunan siam.Mereka adalah keturunan tentera siam yang datang menjajah kedah suatu ketika dahulu.Jika saudara Jzan masih ingat kami dahulu pernah mempunyai seorang rakan sekelas berbangsa siam iaitu Saudari Suwaree.
Sejarah Keretapi di Malaysia juga tak dapat lari dari menyebut Pinang Tunggal. Landasan yang menghubungkan Butterworth, Bukit Mertajam dan Padang Besar siap sepenuhnya pada awal 1900. Suatu ketika dahulu Stesyen Keretapi Pinang Tunggal juga merupakan salah satu hentian yang penting sehingga kawasan disekitar stesyen ini begitu maju dengan pelbagai aktitiviti. Kawasan di sekitar stesyen ini juga membangun dengan pelbagai jenis kedai.Namun kini apabila jalan raya menggantikan pengangkutuan keretapi, stesyen ini telah kembali sepi.Kawasan ini juga telah menjadi suram dan ditinggalkan.Walaubagaimanapun inisiatif kerajaan untuk mewujudkan landasan berkembar telah menyaksikan kawasan ini sekali lagi di tarah untuk tujuan pembangunan.Kini kesepian stesyen keretapi Pinang Tunggal telah diganti dengan hiruk pikuk jentera berat membina landasan kedua.
Pinang Tunggal yang terletak di penjuru paling atas negeri Pulau Pinang berada berhampiran dengan beberapa buah Bandar dan Pekan seperti Sungai Petani, Padang Serai dan juga Kepala Batas.Dahulunya kawasan Pinang Tunggal ini indah dengan pemandangan sawah padi tapi kini banyak sawah sawah ini terpaksa menyerah kepada pembangunan.Diharap dengan sedikit foto yang dikumpulkan oleh pihak kami akan menjadi kenang kenangan sebelum Pinang Tunggal nanti hanya tinggal nama.. dan sejarah.

3 comments:

  1. tahniah jan..kenangan masa lama yang hang buh dalam blog nie..mmg aku respect korang la!!!

    ReplyDelete
  2. Anoymous sila perkenalkan diri.kasi la email sekali.dak pun facebook ka senang nak sembang..boleh share apa apa cerita..

    ReplyDelete
  3. Thanks...Stesen KTM yg dulunya tempat saya bermain masa kecik2...sedih tgk pic2 ni semua...sekarang dah xda semua ni...

    ReplyDelete