Monday, November 29, 2010

Coret..

lama plak tak update blog ni. Nak update blog sendiri cam takdak point. Nak cita sal kg pun takdak apa yg latest kot. Cuma kat depan masjid Kg Pmtg Setar dah clear ja. Umah Pak Ngah Lan depan umah aku pun dah lapang cam padang jarak padang terkukur. Sedey la plak..umah yg dulu tempat aku lepak, tumpang tido n main ms kecik2 dulu la ni dah tgl tapak yg tunggu masa nak didirikan jalan @ flyover..dia la kot. org yg ckp lagu tu. Tapi aku x smpat amik gambaq yg dah jadi padang jarak tu, yg sebelum ada la sekeping. Nti da ms aku snap la 2,3,4,5,6,7,8 keping.



Sebelum terlupa, kepada ex student sekolah keb Pinang Tunggal yg mengenali Cikgu Sinarsuria..beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Nov 2010. Semoga roh beliau tergolong dalam orang2 mukmin dan segala jasa dan pengorbanannya semasa mengajar dulu hanya Allah s.w.t shj yang dapat membalasnya. Insya-allah. Al-Fatihah.

Berbalik pada cita kg, aku rasa takda apa yang berubah sangat kot. Semenjak aku pindah dok kat Kepala Batas ni, jarang aku bawak slr aku tu p melilau kg. Aku rs byk lagi tempat yang aku tak shoot kat area kg tu. Klu ada member yang rs ada tempat @ lanskap yang cun, sila bagitau untuk aku p shoot. Bleh aku masuk dlm blog ni utuk dijadikan koleksi gambaq2 Pinang Tunggal. Padang Beka,Pmtg Saga tu tak abih jelajah lagi. Aku jalan2 bawak slr pun orang tgk semacam ja. Betul la ckp Bang Long, klu sorang2 ja shoot bkn org ja tgk pelik..kerbau pun boleh usha semacam ja.

Takat ni dlu kot post aku. Insya-allah aku akan kembali dengan gambaq2 yang latest n terbaik. Jumpa lagi.

** Jagalah solat anda. Solat yg sempurna dapat menghindarkan diri dari perbuatan yang keji dan mungkar...Insya-Allah. Slm.

Wednesday, September 22, 2010

12 Kelompok Manusia Bangun dari Kubur

DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah s.a.w. menangis hingga membasahi bajunya ketika ditanya oleh Mu’adz bin Jabbal mengenai maksud firman Allah s.w.t.: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Apabila ditanya punca baginda bersedih, Rasulullah bersabda: “Engkau bertanya mengenai sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dikumpul dan dibangkitkan di hari kiamat dalam 12 kelompok.”

  1. Kelompok pertama akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki, lalu terdengar suara Allah:“Mereka ini adalah orang yang ketika didunia dulu senang mengganggu jirannya, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat baginya.”

  2. Kelompok kedua pula di bangkitkan dalam keadaan berbentuk babi kerana ketika di dunia golongan ini malas seperti firman Allah: “Celakalah! Mereka yang mengerjakan solat, iaitu lalai dalam solatnya.”

  3. Kelompok ketiga dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan perut membesar seperti gunung, dengan didalamnya penuh ular dan kala jengking kerana ketika di dunia mereka tidak membayar zakat.

  4. Kelompok keempat pula dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.

  5. Kelompok kelima pula dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.

  6. Kelompok keenam akan dibangkitkan dengan keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberikan kesaksian palsu.

  7. Kelompok ketujuh akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

  8. Kelompok kelapan akan dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan keduadua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup di dunia golongan ini suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.

  9. Kelompok kesembilan pula dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajahnya yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia dulu mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

  10. Kelompok kesepuluh dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup didunia menderhakai kedua orang tuanya.

  11. Kelompok kesebelas akan dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha, perutnya penuh dengan kekotoran kerana ketika hidup di dunia mereka gemar minum arak dan mati sebelum sempat bertaubat.

  12. Bagaimanapun kelompok kedua belas, mereka akan dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan mereka akan melewati sirat (titian) seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjamaah. Mereka mati dalam keadaan bertaubat, maka balasannya ialah syurga, pengampunan, rahmat dan nikmat.

Tuesday, August 31, 2010

Pinang Tunggal Dan Sejarah

Sempena Bulan Kemerdekaan yang masih belum tamat, izinkan saya untuk bercerita serba sedikit tentang Sejarah Pinang Tunggal.Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu Pinang Tunggal sebenarnya tercatat dalam sejarah Tanah Melayu bahkan nama Pinang Tunggal itu sendiri tercatat dalam rekod rekod sejarah yang di simpan oleh pihak British di negara mereka sekarang. Sekiranya anda berkesempatan ke Muzium Negeri Pulau Pinang anda boleh melihat nama Pinang Tunggal telah pun tercatat di dalam peta awal sebelum 1900 lagi. Tujuan saya mencoretkan tentang Pinang Tunggal Dan Sejarah adalah untuk memberi kesedaran serta mengingatkan kepada kita semua supaya benar benar menghargai erti sebenar Kemerdekaan.Salah satu lagi tujuan saya mencoretkan tentang bahan sejarah di Pinang Tunggal adalah supaya tempat sejarah tersebut dikekalkan dan tidak dimusnahkan dengan sewenang wenangnya sepertimana yang telah terjadi kepada dewan besar Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal.Saya amat terkilan kerana bangunan dewan tersebut telah diruntuhkan tanpa mengekalkan walau sedikit untuk dijadikan tatapan kepada generasi akan datang.Amat sayang sekali bangunan Sekolah Melayu Pinang Tunggal yang dibina pada awal 1920an itu akhirnya ranap atas nama pembangunan.Puncanya adalah kurang kesedaran dikalangan generasi baru untuk mengekalkan artifak sejarah tersebut.Salah satu lagi punca adalah ketiadaan "orang besar" yang boleh menghalang artifak tersebut daripada dimusnahkan.Saya berharap kupasan saya nanti akan membuka mata khususnya pihak Wakil Rakyat Pinang Tunggal bagi memulihara beberapa warisan yang masih kekal. Saya mahu kes bangunan sekolah itu menjadi sepertimana dewan besar SMK Tinggi Bukit Mertajam (BM High School) yang tidak dapat dirobohkan sehingga kini atas desakan Ybhg Dato Abdullah Ahmad Badawi, Ybhg Dato Shariff Omar dan ramai lagi YB YB yang pernah belajar di situ.Baiklah saya mulakan entry pertama saya berkenaan monumen bersejarah di Pinang Tunggal iaitu Batu Terat Bukit Semetol. Kalau diikutkan bahasa moden batu ini sebenarnya di panggil Batu Penanda Sempadan tetapi orang dahulu memanggilnya dengan nama Batu Terat kerana Terat mengikut kamus dewan bermaksud Batu Sempadan.

Batu Sempadan
Sewaktu Sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang pada 1786, Seberang Perai masih lagi berada di bawah Kesultanan Kedah. Tujuan utama penyerahan Pulau Pinang adalah supaya pihak Syarikat Hindia Timur British melindungi Kedah daripada serangan kerajaan Siam dan juga Burma.Walaubagaimana pun apabila Kedah diserang oleh Siam pada 1821, Sultan Kedah berasa amat kecewa kerana pihak British langsung tidak membantu.Baginda telah melakukan sekatan kepada Pulau Pinang di samping mengarahkan serangan kepada kedudukan British di Pulau Pinang melalui muara Sungai Perai.Walaubagaimana pun serangan demi serangan yang dijalankan gagal menewaskan pihak British dan surat arahan serangan itu akhirnya jatuh ke tangan British.Sultan Dhiauddin Mukarram Shah akhirnya terpaksa menyerahkan Seberang Perai yang dinamakan dengan nama Province Welleslay iaitu sempena nama Gabenor Inggeris. Pada mulanya seberang perai hanyalah jaluran tanah bertentangan Pulau Pinang dari Kuala Sungai Muda hingga Kuala Sungai Kerian. Walaubagaimana pun selepas perjanjian Inggeris Siam pada 1831, tanah yang menjadi milik british telah bertambah.Sewaktu inilah Batu Terat ini didirikan.

Batu Terat ini terletak di Kampung Bukit Semetol Pinang Tunggal dan menjadi batu tanda sempadan antara Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sempena pembinaan batu sempadan tersebut salah sebuah kampung di sebelah Kedah telah dinamakan sebagai Kampung Terat Batu. Dahulu kedudukan Batu Terat ini agak jauh di tengah bendang tetapi kerja kerja penambakan tebing penebat banjir telah menyebabkan Batu Terat ini berada betul betul di tepi tebing Sungai Muda. Diharap pihak yang berwajib dapat memulihara Batu Terat tersebut untuk tatapan generasi akan datang kerana di Batu tersebut telah mencatatkan bagaimana sekiranya kemerdekaan serta ketuanan negara tidak dipertahankan sejarah seperti ini akan berulang. Walaupun Pulau Pinang dan Seberang Perai asalnya adalah tanah milik kedah tetapi di inskripsi batu terat tertulis dengan gah perkataan "British & Siamese Boundry". Perkataan Kedah langsung tidak disebut sekaligus menidakkan kekuasaan Kedah sebagai pemilik asal sebaliknya Siam pula disebut sebagai pemilik tanah ini. Oleh itu pengekalan batu ini amat singifikan dalam memberikan peringatan kepada generasi masa kini tentang peri pentingnya mempertahankan kedaulatan Malaysia bumi bertuah ini.

Berdiri Teguh Menempuh Zaman
Inskripsi Tertulis "BRITISH & SIAMESE BOUNDRY"
Stesyen Keretapi Pinang Tunggal

Sejarah Keretapi di Tanah Melayu bermula apabila pembinaan landasan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld). Selepas itu pembinaan landasan dimula secara berperingkat di negeri-negeri Tanah Melayu sebelum digabungkan oleh Federated Malay States Railways. Landasan keretapi pertama di Pulau Pinang dibina bagi menghubungkan Prai dan Bukit Mertajam pada 1899 seterusnya dari Prai ke Nibong Tebal pada 1900. Sepertimana yang tercatat di laman web malayarailway.com, pembinan landasan dari Bukit Mertajam ke Alor Star Kedah bermula pada tahun 1912. Menurut laman web itu lagi pada 19 Oktober 1914, laluan Bukit Mertajam ke Pinang Tunggal secara rasminya telah dibuka. Menurut cerita lisan orang-orang tua, sewaktu keretapi pertama kali sampai di Pinang Tunggal ramai yang lari kerana takut dengan bunyi dan rupa keretapi tersebut hingga menyebabkan orang Inggeris terpaksa menangkap dan membawa naik penduduk kampung bagi menyakinkan mereka tentang kegunaan keretapi. Dahulu kawasan di sekeliling stesyen keretapi ini telah membangun dengan pesat dan semua aktiviti ekonomi banyak tertumpu di situ.Kedai kedai cina banyak dibuka di situ.Tapi kini setelah keretapi tidak lagi menjadi pengangkutan utama, kawasan ini telah bertukar menjadi pekan mati.Yang tinggal hanyalah kedai Cina yang lebih dikenali sebagai Kedai Gemuk. Banyak juga deretan kedai yang telah dirobohkan. Apabila saya membaca berita bahawa stesyen ini juga diancam untuk dirobohkan bagi memberi jalan bagi projek landasan berkembar, saya telah mengambil inisiatif merakam beberapa keping gambar untuk sejarah.Kini jika anda datang suasana yang tenang dan indah seperti gambar gambar di bawah sudah tiada lagi kerana telah pun diratakan bagi tujuan landasan kedua.Saya berharap agar Stesyen ini akan terus dikekalkan bagi tatapan generasi akan datang.

Pokok besar yang memayungi landasan kini telah ditebang
Papan Tanda Mercu Pinang Tunggal Yang Dahulunya Cukup Signifikan Kini Telah Tiada
Kaunter Tiket yang dahulunya dipenuhi dengan barisan penumpang
Oleh kerana keretapi zaman dahulu menggunakan kuasa wap, di Stesyen ini juga terdapat sebuah menara air yang digunakan untuk menyalurkan air yang ambil dari sebuah perigi besar dan disalurkan ke dalam dandang enjin stim keretapi. Walaubagai manapun tinggalan sejarah ini telah pun diranapkan oleh pihak pemaju landasan kedua. Perigi besar yang tidak pernah kering itu juga telah pun di timbus.

Jambatan Keretapi Sungai Muda

Sebaik sahaja pembukaan laluan keretapi dari Bukit Mertajam ke Pinang Tunggal siap, rancangan Federated Malay States Railways seterusnya adalah membina landasan dari Pinang Tunggal ke Alor Star. Pada tahun 1914 jugalah rancangan ini dimulakan.Pinang Tunggal dipisahkan oleh Sungai Muda yang agak luas lebarnya. Oleh itu pihak FMSR terpaksa membina sebuah jambatan bagi merentasi Sungai Muda. Jambatan ini merupakan jambatan pertama yang dibina merentasi Sungai Muda. Sebelum ini penduduk menggunakan sampan untuk menyeberang. Selain digunakan oleh keretapi, jambatan ini juga mempunyai ruangan untuk pejalan kaki dan juga kenderaan ringan seperti basikal dan juga motosikal. Pada zaman dahulu jambatan ini merupakan penghubung dan juga jalan pintas bagi penduduk kedua dua Pinang Tunggal untuk ke Sungai Petani atau Kepala Batas menggunakan motosikal. Sepertimana jambatan lain apabila Perang Dunia Kedua meletus bahagian tengah jambatan ini telah diletupkan bagi melambatkan pergerakkan tenteran Jepun.Menurut cerita orang tua juga serpihan bahagian yang diletupkan itu masih boleh dilihat di dasar Sungai Muda jika airnya surut.Setelah lebih seabad memberi khidmat kepada penunggang basikal, pejalan kaki dan penunggal motosikal akhirnya tugas jambatan ini diambil alih oleh Jambatan Baru Sungai Muda yang siap di bina pada tahun 2008. Tambah menyedihkan dikhabarkan jambatan ini akan dileraikan seperti mana yang dilakukan British pada perang dunia kedua apabila jambatan baru keretapi untuk landasan kedua siap dibina.Moga moga pihak KTMB tidak melakukan perkara tersebut sepertimana yang berlaku kepada Jambatan Keretapi Sungai Kerian.Sama sama kita berdoa agar jambatan ini terus kekal sepertimana jambatan Guillermard dan juga Jambatan Victoria

Batas Jepun, Permatang Saga, Pinang Tunggal
Sepertimana yang telah diceritakan diatas berkenaan Jambatan Keretapi Pinang Tunggal yang diletupkan sewaktu kemaraan Tentera Jepun, ramai anak Pinang Tunggal tidak mengetahui wujudnya kesan peninggalan Jepun di Pinang Tunggal. Akibat runtuhnya Jambatan Keretapi Pinang Tunggal kerana dasar bumi hangus yang dijalankan oleh British, pihak Jepun telah mengambil inisatif lain dalam memastikan kemaraan mereka dapat dilakukan tanpa sebarang penangguhan. Sebaik menawan Tanah Melayu pihak Jepun telah mengarahkan tawanan perang dan juga penduduk kampung untuk membina satu batas atau jalan yang menghubungkan lapangan terbang sementara mereka di Padang Serai ke Landasan Keretapi Pinang Tunggal. Sekiranya ada penduduk yang perasan satu ketika dahulu estet getah di Padang Serai Penuh dengan kubu perlindungan kapal terbang (Bunker) sepanjang perjalanan ke Lunas. Jalan yang dibina ini menggunakan sepenuhnya tenaga manusia dan tanah diangkut menggunakan kaedah kandar. Ramai yang menderita dalam pembinaan batas ini kerana didera oleh Jepun. Menurut cerita orang tua juga, Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal telah dijadikan Sekolah Harian Jepun.Arwah nenek saudara saya iaitu ibu kepada pelawak Imuda adalah salah seorang penuntut di sekolah Jepun tersebut.Arwah sendiri mampu berbahasa Jepun dan menyanyikan lagu Jepun.Menurut Arwah, tentera yang benar benar berasal dari Jepun adalah askar yang lemah lembut dan tidak kejam. Yang Kejam adalah askar yang berasal dari Semenanjung Korea dan juga Manchuria. Dahulu topi besi Tentera Jepun banyak terdapat di Pinang Tunggal tapi kebanyakkannya telah hilang begitu sahaja. Kini batas Jepun ini diancam untuk dimusnahkan oleh pembangunan program tebatan banjir.Hampir separuh dari batas ini telah pun diratakan bermula dari rumah pam sehingga menghampiri Jambatan Keretapi. Diharap pihak yang berwajib dapat meninggakan sedikit batas ini untuk tatapan generasi akan datang dan janganlan Batas Jepun ini menerima nasib yang sama seperti Bunker di Padang Serai yang telah ranap diratakan oleh pemaju Estet.

Pemandangan Batas Jepun Dari SisiKetinggian Batas Jepun Jaluran Batas Jepun Dari Jauh

Thursday, July 29, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa 3

Selamat datang diucapkan kepada 3 orang sahabat lama yang begitu lama terpisah oleh jarak masa dan situasi.Tiga orang yang saya maksudkan itu ialah Saudara Mohammad, Saudari Nazimah dan juga yang paling terbaru Miss Tuty Munirah AKA ekor kuda 2. Nazimah tu anak Pak Saad Padang Beka.Padang Beka ni adalah kampung di hujung Pinang Tunggal dan dikelilingi bendang. Juga di tepi kampung ni ialah kampung Siam yang say sebutkan dalam entry sebelum ini.Rupanya Nazimah lani dok kat Kulim setelah berumah tangga dengan dikurniakan dua orang anak.Dia bekerja dengan salah sebuah syarikat pembinaan di sana walaupun dia memiliki Ijazah dalam bidang pendidikan.Mohammad Omar pula tinggal di Permatang Saga.Rumah dia betui betui bawah goon(nama bagi kawasan curam menuruni batas) Permatang Saga.Kalau dulu nak pi Sungai Petani mesti lalu depan umah dia sebab nak guna titi hitam (titi keretapi) di hujung kampung diatu.Tapi semenjak ada jambatan baru ni jarangla lalu depan rumah dia.Mat ni katanya lepasan UiTM Merbok dalam pentadbiran awam.Kini menjadi pegawai di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).Jawatan unknown.hehe.Tapi rajin berada di kampung.Dulu Mat ni kami panggil dia Mat Body sebab di lengan dia ada satu benjolan besar ala ala popaye. Dia kata kat kami yang dalam lengan dia ada urat besi.Betui ka dak kena la tanya dia.Lani lengan dia dan handsome.Mungkin dia dah buat pembedahan kot.Kemudian yang paling baru muncul ialah Tuty Munirah Haron.Anak Pak Haron ni dulu dikenali juga sebagai Ekor Kuda.Dalam entry sebelum ni dah saya ceritakan pasal dia.Dulu dia sekolah di Mentakab kalau tak salah.Tuty ni nama dia pelik sikit sebab nama ala ala Indonesia.Adik dia pun nama Harianto.Cuma abang dia ja nama biasa.Hehe.Sampai lani saya masih tertanya tanya macammana nama dia boleh macam tu.Mungkin dia ni berdarah Jawa.Takpa nanti kalau jumpa saya akan interview dia.Ok lepas sekolah Tuty hilang terus.Tapi dimaklumkan oleh Ayah dia yang dia belajar di UiTM Merbok.Kemudian jumpa ayah dia lagi masa kat kedai gunting rambut.Ayah dia cerita yang dia lani kerja sebagai pegawai di UiTM Merbok.Em,heran gak sebab saya selalu gak lepak kot situ tapi tak pernah jumpa dia.Tambah dalam 2,3 bulan beberapa kali dok berulang ikut situ untuk ke Yan.hehe.

Ok selesai.Tadi masa dok godek hardisk lama ni terjumpa lagi sekeping gambar lama.Ada gambar awek lawa.hahah.Bukan awek.Setelah direfresh memori dalam otak saya ini barulah saya teringat yang gambar itu adalah gambar cikgu yang saya call pakai HP Sir Nanda.Kan dalam entry sebelum ni saya ada cerita yang Sir Nanda hadiahkan saya satu panggilan percuma guna handphone dia masatu.Masatu handphone satu benda yang cukup canggih.Walaupun saiz hp tu sebesar botol air tapi ianya cukup mengagumkan.hehe.Ok Nama cikgu ni tak salah saya ialah Cikgu Sharmida.Dia ni cikgu sementara ganti Cikgu Sinarsuria (lani Hajah Sinarsuria) yang bercuti bersalin.Tapi kami sangat rapat dengan Cikgu Sharmida ini sampai kami ramai ramai pernah ke rumah dia di Permatang Tinggi C dengan bas SKPB.Dah sampai permatang tinggi kami berjalan masuk ramai ramai dengan kaki.Memang best.Rasa macam rombongan jer.Mak dia buat makan makan.Masa sampai dirumah dia kami jumpa kembar dia.Kembar dia nama Sharniza.Haha.muka depa hampir sama.Kalau tak salah dulu nombor phone rumah dia ialah 5750511(ntah ada ka ntah tidak lani).Dulu rajinla kami semua pakat call.Yala dah anggap dia macam kak angkat kan.Rasanya kami pi rumah dia 2 kali.Nanti kalau ada rezeki saya cuba cari balik gambar group photo yang diambil bersama Cikgu ni..Kita tengok dulu gambar yang ada...


Monday, July 19, 2010

Suatu Petang..

Tensennya aku petang nih..pendrive 16G aku tercicir on de way balik dari keja. Masa nk kuaq opis tadi aku sumbat baeek punya dlm baju..isau² takut tercicir. Ope²nya memang nak tercicir gak tu..sampai kat Kepala Batas br pasan. Nak patah balik memang idak la..dengan jalan jemnya..byk benda penting dlm tu. Arap² da hancoq kena lenyek dengan tori tayar 18..tensen woo..

heh..sori ha..intro lari tajuk. 1stly thanx to a.long tuk gambaq² nostalgic zaman kuno dlu. Pas abih skolah tah mana² la gambaq suma aku simpan (ceh..macam banyak ja). Tu la..masa ada kita tak pandang pun..bila dah takdak br la dok terkenang-kenang. Member kelas pun aku dah ingat² lupa. Nasib la a.long ingat. Memang ingatan dia kuat la..bukan takat nama ja ingat..siap dengan nama bapak pun dia boleh sebut. Lebih dari tu no tepon umah Ustaz Mat Pak Tam pun ingat lagi tu. Dasat tul..hehe.

Entry kali ni xdak apa yang spesel pun. Cuma pusing² kampung..dekat2 ja. Nak asah kamera. Kang berkarat lak duk tersimpan..~jzan
~

Wednesday, July 14, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa 2

Em bila Jzan minta gambar lama yang ori tu, aku pun godek la lagi hardisk lama bersaiz pinggan makan tu dan terjumpa pula gambar di bawah.Gambar ni di ambil dari depan kelas 5A.Dalam tu nampak dengan jelas gambar saya yang besar tu dan juga sebelah saya pada masa tu ialah Puan Nazimah (lani dah Puan).Rasa macam semalam ja gambar ni. Sedar sedar Nazimah pun dah anak 2 dah.Kat belakng tu kalau boleh nampak ialah saudara Jzan kita dengan baju pengawasnya.Sebelah dia tu Noraini anak Ustaz Mat Pak Tam yang kami dok sebut pada entry sebelum ni.Belakang saya tu ialah Tuty Munirah Harun.Kata ayah dia (waktu saya pi gunting rambut kat P.Tunggal aritu) Tuty lani dah bergelar pegawai eksekutif di UiTM Merbok.Dah kawin ka belum itu saya tak pasti.Tapi hebatla dia jadi pegawai kat situ.Sebelah kanan aku tu Norhidayah anak Pak Taib Letrik.Dulu dok belah depan umah Jzan la..Sebelah dia Norhayati.Tak tau la depa dua ni dah anak berapa ntah.Belakang depa dua tu yang dok tercongok tu Asri dan juga Khairul.Dua dua ni pun tatau dah kawin ka dak lagi.Belakang depa tu Rosmaria dengan Suzana kalau tak silap.Depa ni pun mungkin anak dah dua tiga orang dah.Sat ja masa berlalu.Rasa macam semalam aku dok main kotak pensil skate board tu yang dapat bila beli Ovaltine.Rasa macam semalam juga aku dok gaduh dengan Nazimah pasal pakat tiru dalam karangan. Begitula masa meninggalkan kita.Kelas 5A ni pun aku tak tau apa dah jadi lani.Dulu dalam kelas ni la kami berlari,belajar, kena denda, kena penampar semuanya di dalam kelas ni.Aku rindu pada cikgu cikgu yang pernah mengajar aku.Di mana kan mereka.Oh ya untuk pengetahuan semua gambar ni adalah gambar yang dihadiahkan oleh Sir Nanda Kumar.Aku masih ingat dia dengan cermin mata dia. Dia la insan yang mengajar aku Bahasa Inggeris sampai aku boleh menulis dengan lancar sekarang. Dulu dia selalu bawak risalah pasal Germanium,keratan akhbar the Star dan juga risalah bahasa Inggeris yang dia mahu aku terjemahkan.Yang sedihnya sebaik aku melangkah ke darjah 6 dia juga mengucapkan selamat tinggal kerana menyambung pelajaran.Sir Nanda seorang yang suka kepada gadjet.Gambar ni dia ambil dengan kamera SLR Nikon.Dia juga memiliki pager dan juga telefon bimbit yang menggunakan line ATUR ketika itu.Masih saya ingat dia berjanji pada saya untuk memberikan saya peluang bercakap dengan seseorang menggunakan telefon bimbitnya kalau saya berjaya mendapat A dalam peperiksaan bahasa inggeris.Dan akhirnya sewaktu perkhemahan di Pantai Merdeka saya mendapat hadiah tersebut.Itulah kali pertama saya menggunakan telefon bimbit.Terima kasih Sir Nanda Kumar.....
This Picture Is Tribute To Sir Nanda Kumar. I hope I Can Meet You Again.

Monday, July 12, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa 1

Pertama sekali memang ramai yang confuse nama blog ni dengan pinangtunggal.blogspot.Saya terpakasa ambil penangtunggal sebab nama tu kawan tu dah ambil.Dah tu gunakan blog tu untuk tujuan politik.Kami tak dak politik no..Yang ada cuma kisah sebuah kampung dari pandangan kami.Apapun..menarik sekali entry yang Jzan masukkantu.Pasal rumah pam Pinang Tunggal no..Ya Rumah Pam Pinang Tunggal ni adalah salah satu infrastruktur (ceh cakap macam menteri pulak.hehe) yang terkenal di Malaysia.Pasal apa terkenal? Sebab kalau banjir berlaku di Pulau Pinang, nama rumah pam ini akan disebut-sebut oleh pembaca berita."Bacaan air di rumah Pam Pinang Tunggal adalah..melebihi paras bahaya". Selalunya macam tu la depa akan gitau kat TV.Selain dari rumah pam Bumbung Lima, rumah pam Pinang Tunggal ni lebih banyak dirujuk bila time banjir. Macam Jzan kata la dulu kawasan rumah pam ni boleh masuk.Tapi lani depa dah kunci.Dulu seronok dapat tengok air keluar dari pam dia menghala ke kolam depan rumah tu.Dari kolam tu pulak ia akan terpecah kepada dua bahagian.Satu menghala ke kampung setol satu lagi ke permatang setar.Lani yang di kampung setol tu pun depa dah pagar.Dulu aku dok terjun gak dalam ban tu untuk mengubang dan menangkap ikan selain bermain di salah satu tandop yang ada ditengah ban tu.Tapi lani semua dah pagar macam Alcatraz dah.Kerajaan terpaksa pagar sebab rakyat malaysia lani rajin.Rajin buang macam macam dalam parit tu.Silap silap anak pun depa buang dalamtu.Em cakap pasal Ustaz Ahmad ni tetiba terkenang kisah kisah lama.Saya lebih mengenali ayah si Noraini ni dengan nama Ustaz Mat Pak Tam.Dok pokok Jenerih.Tapi dek kerana bekerja di Rumah Pam ni banyak masa dia dihabiskan di Pinang Tunggal.Anak dia pun dia bagi mengaji di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal.Yang paling saya kenangkan ialah dulu adala sorang kawan saya tu suka kat si Noraini ni.Yang menariknya pula dalam ramai ramai kawan sekolah tu si Noraini sorang ja rumah dia ada telefon.Jadi kawan saya ni selalula cuba telefon rumah dia menggunakan telefon awam depan kedai Ah Teng sebelah jalah keretapi tu.Masatu telefon awam pun jenis butang dail bulat tu.Punya susah nak mendail. Yang saya masih ingat nombor rumah si Noraini ni dulu ialah 332207.Lani tatau la kan sebab dah jadi 7 angka.hehe..Apapun semalam bila Jzan dok cerita pasal ni teringat yang dalam harddisk saya ada sekeping gambar yang terselamat dari banjir besar 2003.Ok kita layan dulu gambar tu di bawah.So ni lah dia gambar kami masa sekolah dulu.Depan tu yang paling besar adalah aku.Sebelah tu kalau tak salah nama cikgu tu Cikgu Hasni.Tepi Dia pula Nazimah,Rosmaria,(tatau nama-jan tolong isi) dan Zahliawati.Sebelah aku Rohani,Azira,Afifah dan Norhayati.Barisan kedua dari kiri:(tak ingat nama)Nurul Hidayah,(tak ingat nama yang ingat pak dia mansor),Norliza Sabari,Norasyikin Mustafa,Tuty Munirah Harun,Noraini Ahmad,(tak ingat nama tapi pak dia khamis)Wahida dan Faridah.Barisan ketiga atas kiri: Tak ingat nama,Alun,Amri,Herman,Saiful,Jzan dan juga sorang lagi tak ingat nama.So jZan kalau tau nama tolong isi tempat kosong no..heheh.satu lagi hang tanya sat Ustaz Mat Pak Tam lani Noraini anak berapa orang dah.hahaha..

Bercerita pasal Noraini ni kat kelas kami dulu dua orang yang rambut depa bertocang.No 1 Noraini la.Rambut dia kami panggil ekor kuda.Sebab mak dia dandan camtu setiap pagi.Tapi bila naik darjah 3 ada sorang lagi ekor kuda mai iaitu Tuty Munirah Harun.Dia baru tertukar dari Mentakab Pahang setelah ayah dia pencen. So setakat ini dulu entry aku.Jzan nanti ada masa kita pi shoot sama sama sebab orang kampung dah tengok pelik aku dok tanggung kamera ke sana sini.Bukan saja orang kampung heran.Kerbau kampung pun heran.Tak caya tengok kat bawah ni....
Kerbau ni kata.Apa ushar-ushar.Tak pernah tengok kerbau dan burung gembala kerbau ka??

Saturday, July 10, 2010

Rumah Pam Pinang Tunggal

Ada sahabat bagitau dia confuse dengan 1 blog 'pinangtungggal' dengan 'penangtunggal' ni. Aku pun tak tau blog tu kepunyaaan sapa n merujuk kepada pinang tunggal area mana. Bila tengok balik cam takda apa yg update pun. Anyway, bagi sesiapa yang belum tau..please be informed that the true address of our blog is http://penangtunggal.blogspot.com. tq.

Ok..entry aku kali ni sal Rumah Pam Pinang Tunggal. Kalau tanya aku tahun bila rumah pam ni dibina..memang aku tak dapat jawab la. Even kalau aku tanya orang lama kat kg ni pun belum tentu aku akan dapat jawapan yang puas hati..nanti dah dapat date nti aku akan masukkan kat cni. B.long kalu lu tau sila kongsi bsama ok.

Rumah pam ni salah satu fungsinya menyalur air ke parit dalam kampung ni untuk pengairan tanaman padi. Punca air plak adalah dari Sungai Muda..yang merupakan sempadan antara negeri Pulau Pinang dan Kedah. So kampung Pinang Tunggal ni memang letaknya betul² disempadan negeri (seperti yg abg long bagitau sebelum ni).

Sedikit info mengenai Sg Muda -Sg Muda merupakan Sungai yang terpanjang dinegeri Kedah iaitu berukuran 178km menghubungkan antara Baling, Sik, Kulim dan Kuala Muda sebelum menemui Selat Melaka. Sungai ni adalah sumber air utama bagi negeri Pulau Pinang selain punca air untuk tanaman sawah padi.

Rumah pam ni dah beberapa kali dibuat renovasi. Masa ktorg skola rendah dulu, person incas rumah pam ni adalah Ustaz Ahmad, abahnya si Noraini..classmate dlu. La ni tak tau plak sapa yang meneruskan legacy menjaga rumah pam ni..huhu. Aku sempat tembak beberapa keping gambaq rumah pam ni..sori sbb tak edit dulu. kalu aku ada shoot yang menarik kat area rumah pam nti aku taram ja kat cni. Lagipun nak amik shoot yang menarik agak susah nak dapat sebab pagaq n restrict area sama. Kalau dulu siap leh masuk lagi dalam tu.

Gambar Atas dan bawah : Pemandangan dari hadapan
Gambar bawah : Dari Pintu masuk

Thursday, July 8, 2010

Sekitar Kawasan Pembinaan 2

Terima kasih Jzan atas cerita yang begitu menarik sekali.Em lepas ni mungkin kalau lalu ataih flyover tu boleh ja aku panggil hang kat umah hang.Atau lepas ni kita berkelah ja atas flyover tu. Cuma yang peliknya pasal apa nak buat flyover tu mesti lalu dekat rumah orang sedangkan Pinang Tunggal tu dikelilingnya bendang.Tapi tak taula mungkin engineer dia kata kalau buat dalam bendang tak selamat.Buat kat atas bekas rumah orang selamat sikit.Yang sayangnya ialah kemusnahan sebuah kampung Melayu Tradisi.Cuba saudara saudari tengok flyover di Tanjung Malim.Pihak Kontraktor terpaksa melencongkan flyover tu hampir 1 KM dari kawasan kampung sebab kampung di situ adalah Kampung Cina Tradisi.Tapi bila mai kampung Melayu dengan mudahnya depa ranapkan.Aku bukan pembangkang cuma sedih sebab persoalan ni budak darjah 6 Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal yang belajar kemahiran hidup pun boleh tanya.Awat depa lenggek rumah kami.Kalau jejambat tu dibuat di Pulau Pinang memang aku boleh terima alasannya sebab kepadatan penduduk menghalang jejambat tu dibina di kawasan lain.Ini Pinang Tunggal. Mungkin lepas ni Jzan kita boleh pi Interview YB Dato Roslan pasal hal ni.Apapun aku juga sedih sebab ramai rumah kawan kawan aku diranapkan demi sebuah flyover. Kalau rumah YB Dato Roslan boleh bina tempat simpan kereta bawah tanah mengapa tak dibuat terowong bawah tanah jer nak rentas rel keretapi tu..Ha tolong jawab sat.Apapun kontraktor bagi alasan depa kasi duit orang ambil.Yala tapi orang Melayu bagi 1 Juta pun sat jer depa habiskan.Bukan macam orang cina.Depa labur dan beranakkan duit dengan lebih banyak. Apapun kita layan dulu dua tiga keping gambar yang aku shoot sebelum kampung permatang setar tu dilenggek steamroll sama bulldozer..

Kampung Permatang Setar depan masjid sebelum di lenggek jentolak Gamuda BerhadDepa kata lepas ni dari ataih flyover tu kita boleh usap kubah menara masjid ni.hehe..Gat Keretapi yang akan digantikan dengan Flyover ala ala MRR2 di KL sana..
Bendang Kat depan umah aku dulu ni pun katanya akan diratakan.Habisla tempat aku dok mengubang dulu sampai nampak biji mata macam dalam cerita predator tu.Sedihnya.



Tuesday, July 6, 2010

Sekitar Kawasan Pembinaan

Okeh. Tq to br.b.long. Terlebey dlu aku nak abadikan gambar umah sahabat, budin..yg berada tul² depan umah aku..yang bakal di'clearkan' tak lama lagi. Umah ni banyak sejarah pd aku ms aku kecik² dulu. Tempat aku lepak, tumpang tidoq, baca komik gila-gila (abg amy punya) n main² dengan budin. So, sebelum umah ni kena 'clear' aku snap la dulu sekeping dua. Umah On Cik Ad, umah Lina n area tu suma da clear. Tapi kat sini aku upload sekeping ja la..sbb tajuk aku ni 'Sekitar Kawasan Pembinaan'. Sat g lari tajuk lak.

Depan umah aku secara otomatiknya tak lama lagi akan sunyi sepi..huu..sedeyy..
Kat bawah ni plak antara gambaq² di kawasan pembinaan jalan baru dan flyover yg bakal melintas tul² depan umah aku. Kata si org yang buat jalan tu la. Pasni kalu da org bising dok merempit depan umah aku, aku baling paku ja kat tengah² jalan tu. Hambik.


Ni antara gambaq pembinaan landasan keretapi..juga kat area umah aku. Belakang umah. Budak tu merupakan anak buah aku, model tanpa gaji.

tu ja buat masa nih..ada lagi pic. Nti da masa aku upload lagi. To a.long, kalu ada lagi pic kawasan pembinaan ni lu taram ja kat sini..huhu.. - jzan..

Monday, July 5, 2010

Sebuah Kampung Di Pinggir Negeri

Terima kasih kepada saudara Jzan atas inisiatif beliau mencantikkan blog ini dengan suntingan gambar beliau yang cukup mengancam.Terima kasih juga kerana telah menyediakan entry khas berkenaan Jalan Keretapi Pinang Tunggal.Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan kampung Pinang Tunggal ini dari segi Geografi dan Demografinya.Pinang Tunggal adalah sebuah kampung tradisi yang wujud sejak zaman kesultanan kedah Tua lagi.Kedudukannya yang terletak di tebing Sungai Muda telah menyaksikan sejarah peradaban yang berabad lamanya.Kini Pinang Tunggal terbahagi kepada dua iaitu Pinang Tunggal Kedah dan Pinang Tunggal Pulau Pinang.Kedua dua Pinang Tunggal menyimpan sejarah yang sarat dengan pelbagai kenangan manis dan pahit.Insyaallah apabila bulan Ogos nanti saya akan membawa anda semua menyorot sejarah Pinang Tunggal khususnya Pinang Tunggal Pulau Pinang. Walaubagaimana pun Pinang Tunggal Kedah juga menyimpan seribu satu misteri khususnya tentang kewujudan Kesultanan Kedah dan warisnya yang mendiami kawasan ini.Hal ini dibuktikan dengan sebuah kubur bersejarah di sebelah tebing sungai Muda di dalam Pinang Tunggal Negeri Kedah.Anda boleh melayari web sejarah kedah di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.Sejarah Kedah. Bukti kewujudan sejarah yang panjang di Pinang Tunggal Pulau Pinang pula adalah peninggalan beberapa tinggalan sejarah dan juga yang menariknya terdapat sebuah kampung yang dikenali Kampung Siam. Kampung Siam terletak berhampiran dengan kampung Padang Beka.Di Kampung ini yang letaknya di tengah sebuah pulau dikelilingi sawah padi, majoriti penduduknya adalah berketurunan siam.Mereka adalah keturunan tentera siam yang datang menjajah kedah suatu ketika dahulu.Jika saudara Jzan masih ingat kami dahulu pernah mempunyai seorang rakan sekelas berbangsa siam iaitu Saudari Suwaree.
Sejarah Keretapi di Malaysia juga tak dapat lari dari menyebut Pinang Tunggal. Landasan yang menghubungkan Butterworth, Bukit Mertajam dan Padang Besar siap sepenuhnya pada awal 1900. Suatu ketika dahulu Stesyen Keretapi Pinang Tunggal juga merupakan salah satu hentian yang penting sehingga kawasan disekitar stesyen ini begitu maju dengan pelbagai aktitiviti. Kawasan di sekitar stesyen ini juga membangun dengan pelbagai jenis kedai.Namun kini apabila jalan raya menggantikan pengangkutuan keretapi, stesyen ini telah kembali sepi.Kawasan ini juga telah menjadi suram dan ditinggalkan.Walaubagaimanapun inisiatif kerajaan untuk mewujudkan landasan berkembar telah menyaksikan kawasan ini sekali lagi di tarah untuk tujuan pembangunan.Kini kesepian stesyen keretapi Pinang Tunggal telah diganti dengan hiruk pikuk jentera berat membina landasan kedua.
Pinang Tunggal yang terletak di penjuru paling atas negeri Pulau Pinang berada berhampiran dengan beberapa buah Bandar dan Pekan seperti Sungai Petani, Padang Serai dan juga Kepala Batas.Dahulunya kawasan Pinang Tunggal ini indah dengan pemandangan sawah padi tapi kini banyak sawah sawah ini terpaksa menyerah kepada pembangunan.Diharap dengan sedikit foto yang dikumpulkan oleh pihak kami akan menjadi kenang kenangan sebelum Pinang Tunggal nanti hanya tinggal nama.. dan sejarah.