Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 2011

Lokasi : Padang Surau Kg Permatang Saga
Lembu dikorbankan : 6 Ekor
Masa : Lepas Solat Hari Raya Aidiladha
(* klik gambar untuk besar)







Sunday, October 9, 2011

Perkembangan Jejambat Pinang Tunggal Dan Hantu Siam

Dah lama blog ni tak update. Kedua dua moderator sibuk dengan urusan masing-masing.Saya pula sekarang bermastautin jauh di Perak sana.Kesempatan petang sabtu lepas saya meronda dengan motosikal sekeliling Pinang Tunggal.Tapi terlupa pula nak bawa kamera jadi saya pun shoot pakai kamera handphone ja la.Mau tak mau kenala edit sikit sebab pixel kamera handphone ni tak secantik kamera digital. Pertama sekali saya ronda ialah kawasan jejambat baru kat depan masjid.Jejambat ni dah siap dah.Cuma pihak kontraktor kena tambak tanah dan buat pengadang ja sebelum turap jejambat tu dengan tar. Jejambat ni dibina untuk projek landasan keretapi berkembar. Memandangkan keretapi ni gunakan eletrik bervoltan tinggi, penggunaan get macam keretapi biasa tak boleh digunakan sebab boleh menyebabkan renjatan kepada kenderaan yang melaluinya.Cuma yang lawak dengan Pinang Tunggal ni ialah, landasan keretapi ni tak dibina bersebelahan dengan landasan keretapi biasa macam di tempat lain. Maknanya selepas ni kampung Permatang Setar, akan menjadi sebuah "Pulau kerana di kiri adalah landasan keretapi eletrik dan dikanan pula landasan keretapi biasa.Permatang Setar akan dikepung oleh dua landasan berkenaan.Menambahkan lawak pula ialah selepas turun dari jejambat ni nanti, pengguna terpaksa pula menunggu di get keretapi biasa.Takpala nanti dah siap kami akan paparkan di sini.Cuma sedihnya dengan pembinaan jejambat ni banyak penduduk asal Pinang Tunggal yang kehilangan tanah dan terpaksa berpindah.Populasi di Pinang Tunggal juga semakin berkurangan. Ramai juga orang orang yang aku kenal kita berpindah entah ke mana disebabkan projek ni. Yang dikhuatirkan ialah macam mana dengan kehidupan orang orang ni semua sebab sebelum ni mereka punyai rumah yang besar dan luas serta tanah sendiri.Tapi kini mungkin terpaksa tinggal di rumah rumah taman di bandar.

Kawasan Hadapan Masjid
Pandangan Dari Arah Permatang Langsat

Dalam perjalanan balik ke rumah terpandang suasana bendang di kawasan Padang Beka. Sekarang adalah musim menakung air sebelum bendang di tanam padi. Ada yang masih membajak bendang masing-masing.Bila air ditakung ni sekali pandang nampak macam Tasik ja kawasan bendang tu.

Kawasan Bendang Mengadap Kampung Siam, Padang Beka
Sewaktu berhenti ambil gambar, aku terperasan yang ada sebuah rumah baru berwarna kuning yang baru ja siap di bina kat tepi bendang di Padang Beka.Sebelum ni kawasan tu penuh dengan belukar buluh. Dulu masa aku kecik kecik, kawasan ni amat ditakuti sebab kononnya kat situ ada hantu siam. Ramai yang kena sakat dengan hantu siam ni.Dulu kalau aku lalu kat sini dengan basikal, mesti aku pecut sampai tak ingat dunia punya. Macammana boleh keluar cerita hantu siam? Ok sebenarnya kawasan ni dulu milik seorang tua siam. Dia ni dok sorang ja.Dulu dalam belukar buluh tu ada la sebuah rumah tinggal.Katanya rumah tula rumah milik dia. Dikatakan satu malam dia keluar sorang sorang nak buang air besar ataupun berak. Masa dia berjalan kat tepi bendang ni entah macam mana dia terjatuh ke dalam bendang tu dan meninggal dunia.Bila orang jumpa badan dia dah membengkak.Dah tu ada lindah yang keluar dari telinga dan hidung dia. Sangat mengerikan.Semenjak itu jelmaan siam tu terus menghantui sesiapa saja yang lalu di kawasan itu pada waktu malam.Ada yang jumpa dia dengan badan bengkak dia tu dan darah keluar dari mata dan hidung. Memang ngerila masatu.Teringat dulu waktu belajar mengaji quran terpaksa la memecut basikal bila melalui kawasan ni.Kalau kena turn belajar lewat, jenuh aku pecut kalah jaguh pecut negara dek kerana takut hantu siam ni.Sapa tak ngeri lalu kat tepi tu pastu nampak rumah buruk yang hampir runtuh dalam rimbunan buluh tu. Tapi zaman lani aku rasa tak dak sapa dah nak takut.Sebab pa? Sebab lani hari hari cerita hantu keluar.Budak pun dah tak takut hantu dah.hehehe

Saturday, July 16, 2011

Program Gerak Kerja Perdana - Gotong royong di Kg Pinang Tunggal

JKKK Pinang Tunggal / MTD Pinang Tunggal telah menganjurkan satu program gotong-royong disekitar kampung Pinang Tunggal. Program Gerak Kerja Perdana ini telah berlansung pada hari Sabtu, 16 Julai 2011. Aku dapat tau pun dr kawan sekampung, br.Hafeez Ramli. yang jugak 1 tempat keja dgn aku. Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran para peserta goyong royong. di Dewan Orang Ramai, Kg Setol. Selepas mendaftar, peserta diberi sepasang baju t-shirt, sarung tangan, sebungkus nasi lemak (sarapan pagi), 2 botol mineral dan sehelai tuala kecil. Aku sampai  pun dah kul 8.15 pagi. Br.Azri sampai kira-kira jam 8.45 pagi. Selain anak-anak muda kampung Pinang Tunggal, student dari USM yang dihadiri kira-kira 30-40 orang pun turut sama menjayakan program ini.

Selepas taklimat ringkas kira-kira jam 8.20 pagi, semua anak kampung mula bergerak menuju ke tempat-tempat yang telah diaturkan oleh jawatankuasa. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang gotong royong tersebut.

- Jzan -
Administrator
Pinang Tunggal Revisit
Photo From JZAN- PICASA WEB ALBUM


* klik pada gambar untuk saiz besar

Banner Program Gerak Kerja Perdana
 Peserta gotong royong
 Ustaz Syukri dan rakan-rakan

 
Mengagihkan Bungkusan kpd peserta
Pendaftaran

Bungkusan-bungkusan untuk diagihkan

Pelajar-pelajar USM
Menanam pokok
Ketibaan pelajar-pelajar dari USM
   
Berjalan menuju ke kawasan gotong royong yang telah ditetapkan

Membersihkan kawasan kubur

 
Gotong royong dimasjid
  
Mengecat Masjid

Saturday, July 9, 2011

Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kepala Batas

Saya dimaklumkan oleh rakan saya Jzan bahawa satu mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kepala Batas akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai di Pusat Khidmat DUN Kepala Batas. Saudara Jzan tak dapat hadir kerana pulang ke rumah mertuanya di Terengganu.Jadi saya mengambil inisiatif untuk mewakili beliau ke mesyuarat berkenaan kerana saya juga dijemput oleh Pengarang Kehormatan Persatuan tersebut iaitu Cikgu Anuar. Petang tu saya bertolak ke Kepala Batas seorang diri.Saya menefon dulu Cikgu Anuar untuk bertanyakan dimana tempat mesyuarat berkenaan kerana saya ingat pusat khidmat DUN Kepala Batas tu berada di Bangunan UMNO Kepala Batas.Rupanya bangunan pusat khidmat tu terletak di depan Sekolah Menengah Dearatul Maarifil Wataniah (DMW) Kepala Batas. Sewaktu sampai sudah ramai ahli yang hadir.Cuma agak sedih kerana ahli ahli nya semuanya adalah golongan vateran.Yang muda hanyalah cikgu Anuar. Mujur tak lama selepas itu seorang lagi ahli baru yang dijemput iaitu Saudara Noor Azam salah seorang kakitangan USM yang pakar dalam bidang falak tiba bersama kawannya. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi seterusnya proses pemilihan AJK Persatuan.Tetapi mesyuarat sebulat suara untuk melantik semula kesemua AJK yang lalu bagi mempercepatkan proses mesyuarat. Pada akhir slot mesyuarat Saudara Noor Azam dijemput untuk menerangkan tentang buku Warisan Falak Ustaz Fahim iaitu Arwah Datuk kepada Tun Abdullah. Beliau telah mengkaji sejarah ilmu falak yang dipelopori oleh Abdullah Fahim. Yang menariknya Arwah Ustaz Abdullah Fahim menjadi pengajar di Madrassah Al Idrissiah di Kuala Kangsar.InsyaAllah kalau ada masa nanti saya akan melawat ke madrasah berkenaan. Slot terakhir diisi oleh saya.Saya mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Persatuan kerana sudi menjemput saya menjadi ahli persatuan ini.Saya juga menceritakan perkembangan terbaru tempat tempat sejarah di kawasan Pinang Tunggal dan mengajak semua ahli untuk sama sama melawat tempat berkenaan. Saya juga mengajak ahli ahli mengenang nostalgia dan juga kepentingan sejarah kepada kita. Dato Sri pengerusi mengucapkan terima kasih dan terharu disambing beliau sendiri mengingati semula kenangan memberi hadiah kepada saya sewaku di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal dulu.Majlis selesai lebih kurang pukul 5.20 petang. Moga mesyuarat ini dapat dijadikan medium untuk saya dan saudara Jzan lebih giat mengumpul sejarah Pinang Tunggal dalam mendium siber ini.

Bendahari kehormat membentangkan belanjawan tahunan
Ahli Ahli yang hadir.

Gambar Kenangan Ahli Yang Hadir bersama AJK Persatuan

Tuesday, May 17, 2011

Pasar Malam Di Pinang Tunggal Bahagian Ke 2

Terima kasih Jzan atas liputan yang menarik tentang pasar malam Pinang Tunggal ni.Sebenarnya saya sendiri tak tahu sejarah penubuhan pasar malam ni sebab macam Jzan sebutkan la.Sedar sedar ja dah ada.Tapi orang tua ada kata yang Pasar Malam Pinang Tunggal ni dah ada sejak awal tahun 80an. Sekarang ni Pasar Malam Pinang Tunggal ni di uruskan oleh JKKK Pinang Tunggal.Kalau dulu pasar malam ni kecil aja.Bermula dari depan bus stand hinggalah depan kedai Comei (bekas kedai gunting rambut).Tapi sekarang ni Pasar Malam ni dah berkembang hingga ke kompleks penjaja Pinang Tunggal.Sistem Zon juga diperkenalkan.Dulu orang jual ikan diletakkan di depan kedai Comel.Orang jual kuih jalan depan sekolah dan orang jual bawang sepanjang jalan nak ke Lembah Raja.Kini perubahan telah berlaku.Laluan di sebelah Kedai Tat tidak lagi digunakan sebaliknya diubah ke bahagian depan kompleks penjaja Pinang Tunggal.Yang masih kekal adalah kedudukan gerai makanan dan juga yang menjual bawang.

Pemandangan dalam perjalanan ke Pasar malam
Gerai makanan yang masih kekal di tepi jalanSalah seorang peniaga baru.Masa kami sekolah dulu dia ni tak menjual di sini
Suasana tengah sesak iaitu selepas maghrib
Salah satu gerai yang paling lama iaitu gerai menjual bawang serta barang dapur yang lain.Dulu ayah depa yang meniaga.Sekarang diwarisi oleh anak anak.Punyalah lama sejak saya masih kecil lagi.

Sunday, May 8, 2011

Pasar Malam di Kg Pinang Tunggal

Entry kali ni pula berkisar tentang pasar malam Pinang Tunggal. Lokasi pasar malam yang bertempat diperkarangan hadapan Sek. Keb. Pinang Tunggal tak banyak berubah, tetap spt dulu. Pengunjung masih ramai seperti dulu. Rasanya penjual pun makin bertambah berbanding 10-15 tahun yang lalu. Jika nak dibandingkan dengan daya penarik, bagi aku pasar malam di tempat lain pun sama ja. Ada org jual ikan, jual baju, kain, makan, brg 2 ringgit, brg dapur. buah-buahan, cd/vcd.

Jarak dari rumah aku ke pasar malam ni cuma mengambil masa hanya kira-kira 3 minit kalau menaiki motosikal. Klu dr umah Bro.Azri mungkin dlm 5-10 mnt. Zaman aku kecik dulu, pasar malam merupakan 1-1 nya tempat aku mencari tape-tape lagu tempatan mahupun antarabangsa. 1 tape pirate boleh dapat RM5. Yang original RM15-RM18. Tapi skrg ni dah berganti dengan cd,vcd n dvd.
Hari Isnin, bermula jam 5.30 petang penjual dah mula setup tapak ruang niaga mereka. Aku sampai petang tu jam 6.30 ptg. Tak penah-penah org datang amik gambaq org tgh dok niaga. Aku jalan pegang kamera pun orang tgk semacam ja..naik segan la pulak..:-)

 Kebanyakan pasar malam mesti ada jual ni. Daun tembakau.
Yang ni lagi la. Macam-macam adaaa..But make sure u get the ori 1 ha..Say no to pirate..:-)
Lambakan ikan temenung/Ikan Kembung. Sekilo 3 hengget ja. 


 
 Baju segala macam brand ada.
Buah-buahan beraneka jenis.
Matahari mula melabuh tirai.
Murtabak Al Haj.
Sebelum balik, aku sempat tapau bihun sup 2-3 bungkus tuk habuan makan malam. Pasar malam Pinang Tunggal ni beroperasi dah berzaman lamanya. Seingat aku, celik-celik mata ja pasar malam ni dah ada. Ada beberapa penjual makanan tu dari aku kecik sampai skng pun masih menjual ditapak yang sama, dengan menu yang sama, dan rasa yang sama. Nti aku cuba tanya org2 lama, klu ada yang tau sejarah pasar malam kat sini boleh aku kongsi bersama. Rasanya bro Azri mesti byk info psl pasar malam ni...:-)

Monday, April 25, 2011

Pinang Tunggal April 2011

Kadangkala bila kita berserabut atau letih, kita biasanya mengambil keputusan bercuti di tempat yang cantik dan indah. Tapi itu untuk orang yang berduit.Kalau tak dak duit kadangkala kita tak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan dan ketenangan. Untuk entry kali ini anda semua akan di sajikan satu pemandangan yang rasanya cukup indah.Tak perlu pergi ke tepi pantai atau di atas gunung ataupun ke pulau terpencil.Cukup sekadar berhenti sebentar di tepi jalan dalam perjalanan untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid atau Surau yang ada di Pinang Tunggal.


Di sini ingin disajikan kepada Anda semua keindahan suasana petang yang tenang di Pinang Tunggal sekarang.
Masih ada sawah yang masih belum ditanam padi.Jadi pemandangan terutamanya selepas hujan sebelum mentari terbenam amatlah cantik sekali seperti gambar di atas.
Sebelum Azan maghrib menjengan inilah pemandangan yang dapat disaksikan di pinggiran jalan ke Pinang Tunggal.Adakah pemandangan ini akan terus kekal? Atau nanti ianya akan digantikan dengan pemandangan Jejambat atau bangunan pencakar langit persis yang ada di sebelah pulau sekarang. Marilah berdoa agar ketengan ini terus berkekalan dan kemajuan nanti tidak akan mencuri pemandangan indah ini dari kita.....

Saturday, March 5, 2011

Program Memulihara Warisan Sejarah - Batu Terat. v2

Tarikh : 26 Februari 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Terat Batu


 Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program pada hari tersebut. Semoga usaha kita dalam memelihara warisan sejarah yang amat bermakna ini dapat dilihat dan dihayati oleh generasi-generasi akan datang. Insya-Allah.


Mengecat batu terat

Bekerjasama memulihara warisan sejarah

Rakan-rakan dari PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah
Antara yang hadir pada hari tersebut.

Sunday, February 27, 2011

Program Memulihara Warisan Sejarah Pinang Tunggal

Semenjak kematian salah seorang guru yang kami sayangi iaitu Allahyarhamha Cikgu Sinarsuria, Laman ini seakan sepi dari kunjungan rakan rakan sebaya.Walaubagaimana pun, saya dan rakan terus mengemas kini laman ini dalam memberi input kepada orang luar yang mungkin tidak pernah datang ke Pinang Tunggal ini.

Panggilan telefon pada petang Rabu 23 Februari yang lalu daripada En.Norizan berkenaan satu email yang dihantar oleh seseorang yang dikenali sebagai Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kepala Batas amat mengejutkan saya.Setelah saya membaca dengan teliti saya berasa amat terharu dengan usaha yang di lakukan oleh Cikgu Anuar itu dalam mengetengahkan kisah Batu Terat ini. Berdasarkan tulisan di blog ini beliau telah memanjangkan berkenaan batu sempadan tersebut dalam mesyuarat persatuan tersebut dan masing-masing bersetuju untuk melaksanakan misi memulihara batu sempadan berkenaan. Tarikh 26 Februari 2011 yang lalu telah dipilih sebagai tarikh keramat dalam menjalankan usaha murni berkenaan

Seawal pagi saya telah bergerak ke Pinang Tunggal untuk menunggu rombongan.Saya telah meminta saudara Norizan untuk menunggu di Bangunan UMNO Kepala Batas rombongan tersebut tapi dimaklumkan tiada kelihatan kelibat rombongan berkenaan.Akhirnya saya menyuruh beliau datang mengambil bertemu saya di Pinang Tunggal. Pada hari yang sama satu majlis sedang berlangsung di Tadika Perpaduan Pinang Tunggal.Jadi saya yakin acara kami akan tenggelam dek acara berkenaan.Saya dan Jzan bertolak ke tempat berkenaan.Sesampainya di sana terdapat sebuah kereta sedang menunggu di simpang masuk.Saya dan Jzan terus ke tempat batu berkenaan.Tak lama kemudian deretan kereta dan van mula memasuki kawasan itu.Saya terkejut kerana Y.Bhg Datuk Seri Yahya Abdul Hamid juga sama sama hadir bagi menyaksikan acara membersihkan Batu Terat berkenaan.


Kelihatan dalam gambar ini ialah sekumpulan wirawan dari Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah yang kebetulan melakukan akviti kemasyarakatan di Kampung Terat Batu.
Dua orang wartawan dari BERNAMA dan juga KOSMO juga hadir untuk menyaksikan acara berkenaan. Artikel berkenaan batu terat ini telah diterbitkan di Portal BERNAMA.(sila klik untuk membaca)Turun mengiringi Y.Bhg Datuk ialah wakil penduduk kampung Terat Batu yang juga mengetahui serba sedikit sejarah batu berkenaan. Saya berasa agak terkilan kerana tak ada wakil penduduk dari Pinang Tunggal kecuali kami berdua sahaja.
Kelihatan para wirawan sedang berkira kira cara terbaik dalam membersih dan mengecat semula batu berkenaan


Saya juga amat terharu melihat kesungguhan sekumpulan wanita yang saya percaya ahli persatuan sejarah cawangan Kepala Batas yang sanggup meredah belukar dan panas terik untuk sama sama menyaksikan tinggalan sejarah berkenaan.
Kehadiran Penaung kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kepala Batas iaitu Y.Bhg Datuk Seri Yahaya Abdul Hamid pada sesi berkenaan sedikit sebanyak membantu usaha kami memohon bantuan kerajaan dalam memulihara warisan sejarah berkenaan. Kelihatan para wartawan sedang menemuramah beliau berkenaan batu berkenaan.
Di atas adalah gambar rombongan yang terlibat dalam sesi membersih dan memulihara warisan Batu Terat pada sabtu lepas.


Salah seorang ahli sedang meloret semula inskripsi yang tertulis pada Batu Terat berkenaan supaya dapat dibaca.
Kelihatan tulisan dalam Bahasa Inggeris dan Siam telah jelas kelihatan. Sayangnya tak ada tulisan Jawi yang tertulis di situ.Ini menunjukkan bahawa Inggeris tidak pernah mengiktiraf Kedah sebagai pemilik Pulau Pinang yang asal.


Penaung Kehormat dan salah seorang ahli bergambar di sebelah Batu Terat yang telah siap di bersihkan dan di cat semula.


Pengarang Kehormat iaitu Cikgu Anuar bergambar di sebelah Batu Terat berkenaan.Terima kasih diucapkan atas usaha beliau merealisasikan impian kami supaya warisan berkenaan terpelihara untuk tatapan berkenaan.


Selesai sahaja sesi membersih,mengecat dan mendokumentasikan batu berkenaan, pihak kami di jemput oleh jawatankuasa Qaryah Masjid Terat Batu untuk sedikit jamuan ringan.Kami amat terharu dengan layanan yang diberikan oleh penduduk Terat Batu.
Pihak saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kepala Batas, Y.Bhg Datuk Seri Yahaya atas kesudian berpanas terik bersama kami pada pagi berkenaan.Tidak lupa juga kepada Cikgu Anuar pendokong utama yang merealisasikan usaha memulihara warisan berkenaan.



Sebelum mengakhiri tulisan kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat yang diperolehi sepanjang sesi berkenaan berkenaan mitos dan juga sejarah Batu Terat berkenaan. Menurut salah seorang penduduk tua yang hadir pada sesi berkenaan, jarak Batu Terat ini dipasang adalah berdasarkan peluru meriam British yang jatuh apabila di tembak dari Puncak Bukit Bendera.Memang di atas puncak Bukit Bendera tersergam indah selaras Meriam British yang besar.Penduduk percaya untuk ukuran tanah dari Pantai hingga ke situ pihak british telah menembak meriam berkenaan dan pelurunya jatuh di kawasan itu. Teori ini diberi berdasarkan andaian bahawa British hanya mahukan tanah yang mampu dilindungi olehnya sahaja walaupun pada realitinya sukar untuk teknologi meriam pada waktu itu untuk pelurunya sampai dari Bukit Bendera hingga ke situ.Tapi kalau hari ini kecanggihan meriam seperti Howitzer memungkinkan fakta berkenaan.
Mungkin meriam yang di sebut adalah meriam ini. Gambar ini adalah gambar yang diambil oleh sahabat saya sewaktu melawat Bukit Bendera tahun lalu

Disamping itu di pinggiran Batu Terat ini terdapat satu kawasan perkuburan lama yang wujud sejak zaman British lagi.Dipercayai kawasan itu berpenunggu dan di kawal oleh hantu tinggi. Jika sebelum ini saya hanya mendengar mitos berkenaan dari arwah nenek tapi pada hari berkenaan saya mendengar sendiri daripada pihak penduduk kampung.

Penduduk kampung Terat Batu juga memaklumkan terdapat banyak lagi batu sempadan yang lebih kecil saiznya berselerakan di dalam kawasan estet kelapa sawit berdekataan.Memang tak dinafikan ada banyak lagi batu sempadan yang lebih kecil.Tapi menurut cerita orang tua dahulu cuma terdapat 3 batu Terat yang asal iaitu yang pertama di sini, keduanya di Kaki Bukit Mertajam dan yang ketiga di Seberang Prai Selatan yang membahagikan kedah, Pulau Pinang dan Perak.. Saya berharap suatu hari nanti saya beroleh kesempatan sekurang kurangnya melihat kembar batu Terat berkenaan di Seberang Perai Selatan Pula.