Sunday, February 27, 2011

Program Memulihara Warisan Sejarah Pinang Tunggal

Semenjak kematian salah seorang guru yang kami sayangi iaitu Allahyarhamha Cikgu Sinarsuria, Laman ini seakan sepi dari kunjungan rakan rakan sebaya.Walaubagaimana pun, saya dan rakan terus mengemas kini laman ini dalam memberi input kepada orang luar yang mungkin tidak pernah datang ke Pinang Tunggal ini.

Panggilan telefon pada petang Rabu 23 Februari yang lalu daripada En.Norizan berkenaan satu email yang dihantar oleh seseorang yang dikenali sebagai Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kepala Batas amat mengejutkan saya.Setelah saya membaca dengan teliti saya berasa amat terharu dengan usaha yang di lakukan oleh Cikgu Anuar itu dalam mengetengahkan kisah Batu Terat ini. Berdasarkan tulisan di blog ini beliau telah memanjangkan berkenaan batu sempadan tersebut dalam mesyuarat persatuan tersebut dan masing-masing bersetuju untuk melaksanakan misi memulihara batu sempadan berkenaan. Tarikh 26 Februari 2011 yang lalu telah dipilih sebagai tarikh keramat dalam menjalankan usaha murni berkenaan

Seawal pagi saya telah bergerak ke Pinang Tunggal untuk menunggu rombongan.Saya telah meminta saudara Norizan untuk menunggu di Bangunan UMNO Kepala Batas rombongan tersebut tapi dimaklumkan tiada kelihatan kelibat rombongan berkenaan.Akhirnya saya menyuruh beliau datang mengambil bertemu saya di Pinang Tunggal. Pada hari yang sama satu majlis sedang berlangsung di Tadika Perpaduan Pinang Tunggal.Jadi saya yakin acara kami akan tenggelam dek acara berkenaan.Saya dan Jzan bertolak ke tempat berkenaan.Sesampainya di sana terdapat sebuah kereta sedang menunggu di simpang masuk.Saya dan Jzan terus ke tempat batu berkenaan.Tak lama kemudian deretan kereta dan van mula memasuki kawasan itu.Saya terkejut kerana Y.Bhg Datuk Seri Yahya Abdul Hamid juga sama sama hadir bagi menyaksikan acara membersihkan Batu Terat berkenaan.


Kelihatan dalam gambar ini ialah sekumpulan wirawan dari Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah yang kebetulan melakukan akviti kemasyarakatan di Kampung Terat Batu.
Dua orang wartawan dari BERNAMA dan juga KOSMO juga hadir untuk menyaksikan acara berkenaan. Artikel berkenaan batu terat ini telah diterbitkan di Portal BERNAMA.(sila klik untuk membaca)Turun mengiringi Y.Bhg Datuk ialah wakil penduduk kampung Terat Batu yang juga mengetahui serba sedikit sejarah batu berkenaan. Saya berasa agak terkilan kerana tak ada wakil penduduk dari Pinang Tunggal kecuali kami berdua sahaja.
Kelihatan para wirawan sedang berkira kira cara terbaik dalam membersih dan mengecat semula batu berkenaan


Saya juga amat terharu melihat kesungguhan sekumpulan wanita yang saya percaya ahli persatuan sejarah cawangan Kepala Batas yang sanggup meredah belukar dan panas terik untuk sama sama menyaksikan tinggalan sejarah berkenaan.
Kehadiran Penaung kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kepala Batas iaitu Y.Bhg Datuk Seri Yahaya Abdul Hamid pada sesi berkenaan sedikit sebanyak membantu usaha kami memohon bantuan kerajaan dalam memulihara warisan sejarah berkenaan. Kelihatan para wartawan sedang menemuramah beliau berkenaan batu berkenaan.
Di atas adalah gambar rombongan yang terlibat dalam sesi membersih dan memulihara warisan Batu Terat pada sabtu lepas.


Salah seorang ahli sedang meloret semula inskripsi yang tertulis pada Batu Terat berkenaan supaya dapat dibaca.
Kelihatan tulisan dalam Bahasa Inggeris dan Siam telah jelas kelihatan. Sayangnya tak ada tulisan Jawi yang tertulis di situ.Ini menunjukkan bahawa Inggeris tidak pernah mengiktiraf Kedah sebagai pemilik Pulau Pinang yang asal.


Penaung Kehormat dan salah seorang ahli bergambar di sebelah Batu Terat yang telah siap di bersihkan dan di cat semula.


Pengarang Kehormat iaitu Cikgu Anuar bergambar di sebelah Batu Terat berkenaan.Terima kasih diucapkan atas usaha beliau merealisasikan impian kami supaya warisan berkenaan terpelihara untuk tatapan berkenaan.


Selesai sahaja sesi membersih,mengecat dan mendokumentasikan batu berkenaan, pihak kami di jemput oleh jawatankuasa Qaryah Masjid Terat Batu untuk sedikit jamuan ringan.Kami amat terharu dengan layanan yang diberikan oleh penduduk Terat Batu.
Pihak saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kepala Batas, Y.Bhg Datuk Seri Yahaya atas kesudian berpanas terik bersama kami pada pagi berkenaan.Tidak lupa juga kepada Cikgu Anuar pendokong utama yang merealisasikan usaha memulihara warisan berkenaan.



Sebelum mengakhiri tulisan kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat yang diperolehi sepanjang sesi berkenaan berkenaan mitos dan juga sejarah Batu Terat berkenaan. Menurut salah seorang penduduk tua yang hadir pada sesi berkenaan, jarak Batu Terat ini dipasang adalah berdasarkan peluru meriam British yang jatuh apabila di tembak dari Puncak Bukit Bendera.Memang di atas puncak Bukit Bendera tersergam indah selaras Meriam British yang besar.Penduduk percaya untuk ukuran tanah dari Pantai hingga ke situ pihak british telah menembak meriam berkenaan dan pelurunya jatuh di kawasan itu. Teori ini diberi berdasarkan andaian bahawa British hanya mahukan tanah yang mampu dilindungi olehnya sahaja walaupun pada realitinya sukar untuk teknologi meriam pada waktu itu untuk pelurunya sampai dari Bukit Bendera hingga ke situ.Tapi kalau hari ini kecanggihan meriam seperti Howitzer memungkinkan fakta berkenaan.
Mungkin meriam yang di sebut adalah meriam ini. Gambar ini adalah gambar yang diambil oleh sahabat saya sewaktu melawat Bukit Bendera tahun lalu

Disamping itu di pinggiran Batu Terat ini terdapat satu kawasan perkuburan lama yang wujud sejak zaman British lagi.Dipercayai kawasan itu berpenunggu dan di kawal oleh hantu tinggi. Jika sebelum ini saya hanya mendengar mitos berkenaan dari arwah nenek tapi pada hari berkenaan saya mendengar sendiri daripada pihak penduduk kampung.

Penduduk kampung Terat Batu juga memaklumkan terdapat banyak lagi batu sempadan yang lebih kecil saiznya berselerakan di dalam kawasan estet kelapa sawit berdekataan.Memang tak dinafikan ada banyak lagi batu sempadan yang lebih kecil.Tapi menurut cerita orang tua dahulu cuma terdapat 3 batu Terat yang asal iaitu yang pertama di sini, keduanya di Kaki Bukit Mertajam dan yang ketiga di Seberang Prai Selatan yang membahagikan kedah, Pulau Pinang dan Perak.. Saya berharap suatu hari nanti saya beroleh kesempatan sekurang kurangnya melihat kembar batu Terat berkenaan di Seberang Perai Selatan Pula.

Thursday, February 24, 2011

Update - gambar terkini flyover

Gambar-gambar ini diambil pada 20/2/2011. Berdepan dengan masjid Zainal Abidin, Permatang Setar. Insya-Allah, gambar kerja-kerja menyiapkan flyover ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

 Pandangan Jauh
 Pandangan Jauh
Pandangan Dekat

Wednesday, February 16, 2011

Perarakan Maulidur Rasul 1432H / 2011


Tarikh : 15.2.2011
Tempat : Dewan Kg Setol ke Masjid Zainal Abidin, Permatang Setar.
Waktu : 8 Pagi berkumpul

Alhamdulillah, aku berkesempatan join perarakan Maulidur Rasul pd 15.2.2011, di Kg Pinang Tunggal. Pkl 8 pagi suma org dah siap kerumun dewan Kg Setol. Ramai gak yang join. Ikut apa yang aku tau, tiap² tahun ada buat perarakan. Tp thn ni ja aku dpt join. Aku dapat shoot byk keping gak..siap video lagi dok ada.
(Klik gambaq tuk besaq)



Menanti sebelum perarakan bermula
Orang ramai mula berkumpul. Dah bersedia nak bergerak ke Masjid. Masa ni ada skit masalah teknikal berkenaan dengan sistem pembesar suara.

Ustaz Syukri

Masa berarak tu, aku terpasan sorang pmpuan ni. Aku rs cam kenai..Laa..ni Liza kan..classmate dlu nih..tu anak dia kot 3 org tu. Dah besaq² anak dia. Dia pun x pasan aku, sbb jauh gak.

Lalu depan umah Adizan

Gambaq di atas masa depan stesen minyak.

 Rasulullah Penyatu Ummah
Kaum Adam dan anak-anak
 Kaum Hawa dan Anak-anak.


Sekian untuk setakat ini. Terima kasih

Thursday, February 3, 2011

Februari 2011

Dah lama blog ini dibiarkan sepi.Kedua dua moderator sibuk dengan hal masing masing. Jzan dah berpindah tinggal di Kepala Batas. Aku pula masih di sini tapi 2,3 bulan lepas agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat hingga kadangkala terlupa untuk singgah di kampung kesayangan ini. Bulan ini aku dah tak bekerja. Jadi aku ada masa yang agak lama untuk meninjau sekitar kampung. Dalam serabut melayan perasaan petang tadi aku singgah sat di Pinang Tunggal. Matahari menyinar begitu indah pada petang tadi. Tak la indah sangat.Tapi sakit mata la juga kalau dok tengok lama lama.hehe. Bendang pun dah banyak yang botak sebab mesin padi dah potong.
Dari kejauhan (cewah ayat sastera sket) dapat dilihat jejambat landasan keretapi baru dah hampir siap di bina.Agak jauh jalan keretapi baru ini dilencongkan. Tak faham juga aku pasai pa depa tak mau guna jalan lama.Mungkin kontraktor saja nak cas lebih kat kerajaan Malaysia. Kena tanya Phua Chu Kang la pasai pa depa buat jejambattu kat situ.Dia kan keja dengan Gamuda masa kat Malaysia.Don't play play aa..hehehe
Ingat nak singgah sat kat kedai minyak milik Dato Lan.Tapi terkejut tengok punya ramai orang dok isi minyak. Tak taula sebab pa ramai sangat dok isi minyak. Ada orang kata isi kat kedai ni minyak dia banyak sikit dari kedai minyak biasa.Betui ka?Tataula kot kot Dato Lan nak buat amal jariah kat orang Pinang Tunggal kan. Jadi dia pi pomen meter minyak tu supaya kasi minya lebih sket. Aku meneruskan perjalanan. Tengok kawasan depan masjid dah cerah di ratakan oleh Gamuda untuk pembinaan jejambat tu.Tiba-tiba rasa gatai nak tinjau batas yang Gamuda bina tinggi melayut tu.Jadi aku pun naik ke atas batas tu dengan moto.Oleh kerana hari ni dah nak start cuti raya cina tak dak la orang jaga.Kalau dak mesti depa ligan kalau kita dok main ataih tu..Tinggi juga batas tu..Pemandangan atas tu pun lawa juga. Tambah lawa kalau bawak anak dara orang nek motor ronda ronda ataih ni. Tu cuma khayalan aku ja.hehe.
Dalam dok tercangak cangak ataih batas tu aku terpandang seorang tua yang sedang melengung sorang sorang atas pankin. Entah apa yang dia sedang pikiaq kan. Mungkin dia dok terkenang kisah lama zaman dia muda muda dulu kot. Atau mungkin dia dok pikiaq pasal masa depan.Mungkin juga dia tengah buat protes marah kat kontraktor sebab umah dia kena habu tanah merah bak kata Karam Singh Terbakar rumah nampak asap, terbakar ati siapa yang tahu.
Pengembaraan diteruskan lagi di atas batas keretapi baru tu. Ada pemandangan cantik di sebelah kiri.Rasa cam dalam filem pun ada. En bukan filem.Tapi masa sekolah dulu kan rajin dok melukis bendang pastu kat ujung ada bukit/gunung. Ada mata hari naik. Ada bendang yang luas pastu ada pokok kat tengah bendang tu.Pastu ada pulak burung burung terbang bila ada sorang pakcik lalu dengan motor kapcai nya.Fuh memang syok tengok pemandangan camtu.Tenang ja rasa.Pastu gaya aku nak jalan ke depan sikit aku ternampak dua orang awek sedang berjalan jalan. Adik depa dok berlari depan depa,Abis kaki dia kena tanah merah.Tapi dua dua awek tu selamba ja jalan. Gaya berjalan tu macam berjalan kat Padang Kota. Kira ala ala relax Padang Kotala.Aku dok terpacak depan tu pun depa tak sedar.Mungkin depa dok sembang pasal pakwe lari cari awek lain kot. Tu yang boleh jalan dari ujung batas ke ujung batas sini tanpa rasa letih tu..kira masalah berat tu. Jadi adik dia juga senang.Lari lari baling batu ke bawah pastu panggil, kak kak cepatla..nak balik ni...hahaha.
Di hujung batas ketapi baru tu aku nampak banyak keta dok parking bawah jambatan. Naik heran juga aku.Bila aku naik atas mini tar tu baru aku nampak satu keluarga dok mengail ikan.Baguih juga buat aktiviti keluarga camni.Disamping menikmati keindahan alam, tak kena sebarang kos juga dapat makan ikan free. Ni dak keja dok pi lepak Mc D la, KFC la. Nanti tua tua nanti aku nak ajak cucu cucu aku mai mengail kat sini.Cam best ja rasa.Tu pun kalau idup lama la kan.hehe.Sekali tengok aku pun shoot.Keluarga ni pun pakat cover la.Mungkin depa ingat aku ni dari majalah mana mana kot. Ni aku edit ala ala fantasi.hehe
Tapi yang best dalam aku dok amik gambar family ni aku perasan anak lelaki dia cam tak berapa berkenan aktiviti tu.Dia cuma dok tepi parit tu pastu dok merenung ke dalam parit sambil dua dua tangan masuk dalam poket macam dok tunggu awek tepi bus stand.Tak taula apa yang dia dok pikiaq.Mungkin dok marah marah sebah kena paksa mai lepak tepi parit ban tu.Ni semua andaian aku ja.Ntah ntah dia suka pa.Mungkin dia dok pikiaq nak karan ja ikan dalam tu.
Aku pun pusing pusing kawasan tu aku ternampak sorang budak sedang melakukan pembakaran terbuka. Sebenarnya budak tu tengah tolong bakar jerami. Teringat masa kecik kecik aku rajin juga dok tolong bakar jerami ni. Tak yah upah pun tak pa sebab best main api ni.Paling best dok lawan sapa boleh buat asap paling banyak. Acara paling seronok ialah bakar jerami malam malam sebab rasa macam dok camping ja. Tengah syok dok shoot tiba tiba polis trafik kat depan suruh jalan.Ada road block kat depan tu.Aku pun jalan la takut kena saman pulak satgi.Nak ambik gambar depa pun aku takut.hehe.
Dek kerana terkejut dengan arahan polis trafik tu, aku terbelok ke Pinang Tunggal balik.Bila nak patah balik gate keretapi pun tutup.Aku pun terpaksa tunggu keretapi lalu dulu.Boleh la aku shoot sekeping dua gambar kenangan.Lepas ni gate tu cuma tinggal kenangan.Bukan saja gate tu tinggal kenangan.Jalan keretapi tu pun akan jadi kenangan sebab lepas ni katanya jalan keretapi tu akan di alihkan ke jalan baru. Gate ni banyak kenangan.Dulu tak dak gate ni.Tapi mengikut cerita orang tua pada tahun 1960 telah berlaku satu kejadian ngeri apabila sebuah lori yang membawa kakitangan Jabatan Pertanian yang bertugas telah dilanggar keretapi dan menyebabkan kematian. Sejak itu lah gate keratapi ni di bina. Lepas keretapi lalu aku pun meneruskan perjalanan aku.Sakat ni dulu lawatan aku ke Pinang Tunggal.Aku nak pi tengok bunga api kat Penang.