Pertama sekali memang ramai yang confuse nama blog ni dengan pinangtunggal.blogspot.Saya terpakasa ambil penangtunggal sebab nama tu kawan tu dah ambil.Dah tu gunakan blog tu untuk tujuan politik.Kami tak dak politik no..Yang ada cuma kisah sebuah kampung dari pandangan kami.Apapun..menarik sekali entry yang Jzan masukkantu.Pasal rumah pam Pinang Tunggal no..Ya Rumah Pam Pinang Tunggal ni adalah salah satu infrastruktur (ceh cakap macam menteri pulak.hehe) yang terkenal di Malaysia.Pasal apa terkenal? Sebab kalau banjir berlaku di Pulau Pinang, nama rumah pam ini akan disebut-sebut oleh pembaca berita."Bacaan air di rumah Pam Pinang Tunggal adalah..melebihi paras bahaya". Selalunya macam tu la depa akan gitau kat TV.Selain dari rumah pam Bumbung Lima, rumah pam Pinang Tunggal ni lebih banyak dirujuk bila time banjir. Macam Jzan kata la dulu kawasan rumah pam ni boleh masuk.Tapi lani depa dah kunci.Dulu seronok dapat tengok air keluar dari pam dia menghala ke kolam depan rumah tu.Dari kolam tu pulak ia akan terpecah kepada dua bahagian.Satu menghala ke kampung setol satu lagi ke permatang setar.Lani yang di kampung setol tu pun depa dah pagar.Dulu aku dok terjun gak dalam ban tu untuk mengubang dan menangkap ikan selain bermain di salah satu tandop yang ada ditengah ban tu.Tapi lani semua dah pagar macam Alcatraz dah.Kerajaan terpaksa pagar sebab rakyat malaysia lani rajin.Rajin buang macam macam dalam parit tu.Silap silap anak pun depa buang dalamtu.Em cakap pasal Ustaz Ahmad ni tetiba terkenang kisah kisah lama.Saya lebih mengenali ayah si Noraini ni dengan nama Ustaz Mat Pak Tam.Dok pokok Jenerih.Tapi dek kerana bekerja di Rumah Pam ni banyak masa dia dihabiskan di Pinang Tunggal.Anak dia pun dia bagi mengaji di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal.Yang paling saya kenangkan ialah dulu adala sorang kawan saya tu suka kat si Noraini ni.Yang menariknya pula dalam ramai ramai kawan sekolah tu si Noraini sorang ja rumah dia ada telefon.Jadi kawan saya ni selalula cuba telefon rumah dia menggunakan telefon awam depan kedai Ah Teng sebelah jalah keretapi tu.Masatu telefon awam pun jenis butang dail bulat tu.Punya susah nak mendail. Yang saya masih ingat nombor rumah si Noraini ni dulu ialah 332207.Lani tatau la kan sebab dah jadi 7 angka.hehe..Apapun semalam bila Jzan dok cerita pasal ni teringat yang dalam harddisk saya ada sekeping gambar yang terselamat dari banjir besar 2003.Ok kita layan dulu gambar tu di bawah.So ni lah dia gambar kami masa sekolah dulu.Depan tu yang paling besar adalah aku.Sebelah tu kalau tak salah nama cikgu tu Cikgu Hasni.Tepi Dia pula Nazimah,Rosmaria,(tatau nama-jan tolong isi) dan Zahliawati.Sebelah aku Rohani,Azira,Afifah dan Norhayati.Barisan kedua dari kiri:(tak ingat nama)Nurul Hidayah,(tak ingat nama yang ingat pak dia mansor),Norliza Sabari,Norasyikin Mustafa,Tuty Munirah Harun,Noraini Ahmad,(tak ingat nama tapi pak dia khamis)Wahida dan Faridah.Barisan ketiga atas kiri: Tak ingat nama,Alun,Amri,Herman,Saiful,Jzan dan juga sorang lagi tak ingat nama.So jZan kalau tau nama tolong isi tempat kosong no..heheh.satu lagi hang tanya sat Ustaz Mat Pak Tam lani Noraini anak berapa orang dah.hahaha..
Bercerita pasal Noraini ni kat kelas kami dulu dua orang yang rambut depa bertocang.No 1 Noraini la.Rambut dia kami panggil ekor kuda.Sebab mak dia dandan camtu setiap pagi.Tapi bila naik darjah 3 ada sorang lagi ekor kuda mai iaitu Tuty Munirah Harun.Dia baru tertukar dari Mentakab Pahang setelah ayah dia pencen. So setakat ini dulu entry aku.Jzan nanti ada masa kita pi shoot sama sama sebab orang kampung dah tengok pelik aku dok tanggung kamera ke sana sini.Bukan saja orang kampung heran.Kerbau kampung pun heran.Tak caya tengok kat bawah ni....
wahahaha..memang terbaikkk bro
ReplyDeletehang cuba recall balik nama nama yang aku dah lupa tu.hehe..tapi kerbau ni memang lucu la..aku dok shoot kat tepi bendang kat bukit semetol tu boleh dia dok ushar aku camtu.cam tak pueh ati ja kat aku.hahaha.
ReplyDeletetak penah2 org mai amik gambaq dia..msti la dia tekejut..ahaha. aku mmng x igt dah..lupa abih. ang siap leh igt nama bapak..dgn no tepon skali tuu..dasat² huhu
ReplyDeletehaha.aku pun lupala..nama depa best best juga tapi camna boleh lupa.ada bad sector dalam memori aku ni.ala bro kepala aku masatu pakai pendrive 256 jer.so tu yang banyak gak dah lupa..kalau burn DVD mungkin lama sket.hehe
ReplyDeletewoi..aku nak join gak..abg long..n jan bakaq..hampa dasyat no siap ada gambaq budak2 old school skpt lagi..aku lupu dah nama depa..tapi yang pastu ..noraini tu..sapa yang tak terpikat pada masa tu..maklumla..bukan penah tengok budak luaq pun time tu..kira diala diva dalam kg p. tunggal n dalam skpt tu..hahahaha
ReplyDeleteala bro...zaman bangku sek nampak putih ckit dah kira lawa...ramai yang tergoda.entah2 sekarang noraini dah beranak pinak dah...tak dapatt hangpa dapat kat orang lain...banglong...kerbau tu ushar semacam ja..apsal..macaam ko tak pnah masuk kampung plak..keke...jom kita cari kawan2 len join kita...
ReplyDeleteJom jom ni minta tolong perkenal kan diri.kalau boleh kasi email.saya dengan jzan tengah cari ahli.nanti saya akan dan jzan boleh daftarkan nama anda anda semua sebagai penulis blog ni.so hangpa boleh la sumbang apa apa dalam blog ni..kami nak buka kepada semua orang yang berminat..bukan apa kumpul balik kawan kawan yang lama hilang..mana tau kot kot hangpa pun ada gambar lama nak share sini.boleh la..pastu tulis pula cerita hangpa kat sini.kami dua tak larat nak buat semua..so apa apa hal sila la email kepada driversearcher@yahoo.com
ReplyDeletewoi a.long..hang daftar nama aku..macm2 aku nak update..gambar..n crita lain2 lagi ttg sek. kita lama...muhammad b. omar email - muhammad@mpsp.gov.my..no tipon 013-4363383
ReplyDeleteMat hang kasi mai email gmail ka or yahoo.untuk edit blog cuma Gmail dan yahoo ja dibenarkan..MPSP depa ta kenai.sori nooo..hehehe
ReplyDeletehahahah abg long..hang wat lawak..aku ada g.amil..hang ambik nie...pmtgsaga@g.mail.com
ReplyDeleteatau pmtg_saga@yahoo.com haa..abg long..hang tengokla aku,.,,semua nama email pun ambik sempena nama kampung..hahaha