Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Bulan
Ramadhan telah pun berlalu pergi. Insya-Allah jika dipanjangkan usia ini, kita
akan bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun hadapan, bulan yang lebih baik dari
seribu bulan.
Sedar tak
sedar blog ini sudah mencecah lebih 2 tahun. Blog Pinang Tunggal Revisit yang dulunya ditubuhkan hanyalah sekadar untuk mengabadikan
kisah-kisah menarik dikampung dan coretan kami mengenai perkembangan semasa kampung Pinang
Tunggal; namun kami besarkan skop penulisan tentang keadaan sejarah dan
peradaban, pembangunan dan kependudukan termasuk sosiobudaya khususnya di kampung
Pinang Tunggal.
Ingin kami
tekankan disini bahawa apa yang dipaparkan diblog Pinang Tunggal Revisit ini adalah berdasarkan kajian
dan penyelidikan penulis secara menyeluruh, namun maklumat dari sumber-sumber yang sahih adalah
yang paling kami utamakan. Jika ada sebarang perbezaan pendapat dan maklumat dari
luar sana, sila berhubung terus dengan penulis supaya kajian terperinci dapat
dilakukan bersama.
Sebagai
negeri yang pertama di Malaysia yang ditakluki kerajaan Inggeris, sudah tentu
banyak kisah menarik atau unik yang ingin dikongsi bersama. Justeru itu, kami
amat mengalu-alukan sebarang bentuk pandangan dan buah fikiran termasuk kisah
sejarah yang melibatkan Pulau Pinang (Pinang Tunggal khususnya) untuk diabadikan
diblog Pinang Tunggal Revisit. Kami yakin dengan penglibatan dari pelbagai
pihak diluar sana bukan sahaja memungkinkan blog ini penuh dengan informasi
sejarah, tapi juga sebagai sumber maklumat dan rujukan untuk generasi muda akan
datang.
Melalui kerjasama
dan sokongan dari Persatuan Sejarah Malaysia, harapan kami usaha yang kecil ini
bukan sahaja dapat memberikan manfaat untuk golongan muda, bahkan juga
untuk para pengkaji-pengkaji sejarah ditanah air.
Disini kami
sidang pengarang Pinang Tunggal Revisit (PINANG TUNGGAL, Kepala Batas)
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin kepada pengunjung blog ini seterusnya kepada seluruh umat
Islam yang menyambutnya. Ceria dan senyum selalu.
Sekian,
Administrator,
penangtunggal.blogspot.com