Thursday, July 1, 2010

Salam Perkenalan

Sebenarnya telah lama,saya berhasrat untuk membangunkan sebuah blog berkenaan kampung tempat saya membesar satu ketika dahulu tetapi hasrat itu terpaksa saya pendamkan kerana kekangan masa dan juga kekurangan tenaga.Namun setelah berjumpa semula dengan sahabat baik saya semasa sekolah rendah dahulu, tiba tiba tenaga dan semangat itu muncul kembali.Laman ini adalah satu laman nukilan kami berkenaan tempat tinggal kami.Kini setelah dewasa kami kembali untuk mengenang kisah kisah lalu dan juga perkembangan terkini tentang sebuah kampung yang begitu bermakna, tak lain tak bukan Pinang Tunggal

No comments:

Post a Comment