Wednesday, July 14, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa 2

Em bila Jzan minta gambar lama yang ori tu, aku pun godek la lagi hardisk lama bersaiz pinggan makan tu dan terjumpa pula gambar di bawah.Gambar ni di ambil dari depan kelas 5A.Dalam tu nampak dengan jelas gambar saya yang besar tu dan juga sebelah saya pada masa tu ialah Puan Nazimah (lani dah Puan).Rasa macam semalam ja gambar ni. Sedar sedar Nazimah pun dah anak 2 dah.Kat belakng tu kalau boleh nampak ialah saudara Jzan kita dengan baju pengawasnya.Sebelah dia tu Noraini anak Ustaz Mat Pak Tam yang kami dok sebut pada entry sebelum ni.Belakang saya tu ialah Tuty Munirah Harun.Kata ayah dia (waktu saya pi gunting rambut kat P.Tunggal aritu) Tuty lani dah bergelar pegawai eksekutif di UiTM Merbok.Dah kawin ka belum itu saya tak pasti.Tapi hebatla dia jadi pegawai kat situ.Sebelah kanan aku tu Norhidayah anak Pak Taib Letrik.Dulu dok belah depan umah Jzan la..Sebelah dia Norhayati.Tak tau la depa dua ni dah anak berapa ntah.Belakang depa dua tu yang dok tercongok tu Asri dan juga Khairul.Dua dua ni pun tatau dah kawin ka dak lagi.Belakang depa tu Rosmaria dengan Suzana kalau tak silap.Depa ni pun mungkin anak dah dua tiga orang dah.Sat ja masa berlalu.Rasa macam semalam aku dok main kotak pensil skate board tu yang dapat bila beli Ovaltine.Rasa macam semalam juga aku dok gaduh dengan Nazimah pasal pakat tiru dalam karangan. Begitula masa meninggalkan kita.Kelas 5A ni pun aku tak tau apa dah jadi lani.Dulu dalam kelas ni la kami berlari,belajar, kena denda, kena penampar semuanya di dalam kelas ni.Aku rindu pada cikgu cikgu yang pernah mengajar aku.Di mana kan mereka.Oh ya untuk pengetahuan semua gambar ni adalah gambar yang dihadiahkan oleh Sir Nanda Kumar.Aku masih ingat dia dengan cermin mata dia. Dia la insan yang mengajar aku Bahasa Inggeris sampai aku boleh menulis dengan lancar sekarang. Dulu dia selalu bawak risalah pasal Germanium,keratan akhbar the Star dan juga risalah bahasa Inggeris yang dia mahu aku terjemahkan.Yang sedihnya sebaik aku melangkah ke darjah 6 dia juga mengucapkan selamat tinggal kerana menyambung pelajaran.Sir Nanda seorang yang suka kepada gadjet.Gambar ni dia ambil dengan kamera SLR Nikon.Dia juga memiliki pager dan juga telefon bimbit yang menggunakan line ATUR ketika itu.Masih saya ingat dia berjanji pada saya untuk memberikan saya peluang bercakap dengan seseorang menggunakan telefon bimbitnya kalau saya berjaya mendapat A dalam peperiksaan bahasa inggeris.Dan akhirnya sewaktu perkhemahan di Pantai Merdeka saya mendapat hadiah tersebut.Itulah kali pertama saya menggunakan telefon bimbit.Terima kasih Sir Nanda Kumar.....
This Picture Is Tribute To Sir Nanda Kumar. I hope I Can Meet You Again.

31 comments:

  1. abg long..tekenang dulu2 time hang kena penampar dengan cikgu aziz...atas kejatahan mu yang membocorkan tayar motor EX5 dia...hahahaha padan muka..dan sekalung tahniah buatku..atas darjah kehormat penampar tue...

    ReplyDelete
  2. Bukan Cikgu Aziz yang tampar.Cikgu Johari la..Cikgu Aziz baik..Cikgu Johari tampar pun sebab cikgu pelatih tu yang ngadu.Dah betui dia mai ngajar dok buat pilih kasih.Kita ni fight untuk kesaksamaan tau..kira kita ni fighter untuk keadilan la.hahaha.Mana boleh dia buat kelas tambahan untuk budak pandai ja..budak yang kurang pandai dia tak buat.Ini tidak adil.hehe..Apapun nasib baik la Guru Besar Tuan Haji Ismail berjaya meleraikan persengketaan kita sume tu.

    ReplyDelete
  3. biasa la tu kes budak2...klu tak kerana nakal abang long yang sorok kan kerusi aku...hampeh betul dia...sekarang dah insaf la kot...harap2 macam tu la....kenangan di bangku sekolah mmg mengusik jiwa tul la...

    ReplyDelete
  4. Haha.yang sorok kerusi tu aku ngaku la aku nakal..hehe..tapi pastu kasi balik kan kerusi tu.Lani aku dah insaf..tapi sejak dulu lagi aku dah insaf..kan ker aku kena buat kerja kerja sosial..buat kolam ikan..papan pejalan kaki ke surau dengan Jzan..tu sume kira kena khidmat komuniti latu atas kenakalan aku.hehe.Ni kengkawan semua apa kata kita buat gathering bila bila.syok juga cita kisah kisah lama ni..hehe..sedar sedar semua dah tua tua dah..beranak pinak dahh

    ReplyDelete
  5. boley..a.long.hang nak buat bila...set semua aku nak ikutttttttttt

    ReplyDelete
  6. Aku nak lantik hang dulu mat sebagai pengerusi memandangkan hang dok jaga kampung kita sejak dulu lagi.orang lain semua dok keluar p sana sini.heheh.buat jawatan kuasa dulu then baru kita bincang

    ReplyDelete
  7. miss tuty munirah haronJuly 25, 2010 at 9:47 AM

    salam sume..

    amboi..abg long, hang bukan main lagi noo...
    hehehhehe..hg teka siapa aku..aku le de 2nd tocang ekor kuda dari pahang dlu..hehehehe..
    hang sehat ka? lame tak dgr kabar..

    tapi bagus le..pictures kite sume tue..bile mase la snapped..huhuhu

    ala dlu aku pon nakal..ingt tak yg kite tak buat keje sekolah, kemahiran hidup..pastu kene berleter ngn cikgu johari..
    padan muke kite..huhuhu..

    ReplyDelete
  8. uih..puan tuty ada dcni...huhu

    ReplyDelete
  9. Welcome back Miss Tuty..Jzan hang panggil dia puan.Terang terang dia tulis Misss tu.hahaha..aku sihat dan bertambah sihat Tuty.Tak caya tanya Jzan.Kami lani kerap berjumpa..Hang mana pi?Ilang tanpa berita.yang Aku tau Ayah hang gitau aku hang lani dah jadi executive.Waa.orang besar dah..Gambartu Sir nanda yang shoot.Aku tak banyak gambar.Banyak yang hilang atau rosak kerana banjir besar 2003.Apapun harap kita semua dapat berjumpa nanti..

    ReplyDelete
  10. miss tuty munirah haronJuly 29, 2010 at 8:50 AM

    hehehe..

    a'ah...jzan, hg ni buat leceh le..aku baru nk promote diri aku..sebagai miss..hehehehe gurau je la..

    tak de le wei..aku ni keje biase je..staf cabuk kat situ..aku kat academic affairs division..

    hmpa dok keje pe skrg? aku ni pon saje je ari sabtu lepas,search google..tibe2 nmpak blog hmpa..aku siap gelak2 lagi bace..
    kurang asam betul..

    a'ah...ape cer kwn2 kite yg lain..zahlia skrg cikgu menengah kat sekolah seberang jaya..liza keje kat kepala batas..(kalo tak salah aku le)..

    tapi bes le mase sekolah dlu..kite ni kirenye geng2 nakal gak le..aku tingt yg noraini kene rasuk kat dewan sekolah, ade hantu le mcm2 le.. (ntah betul ke tak) huuhuhuhu..

    ReplyDelete
  11. Haha.Kan saya dah cakap Jzan.Tuty Munirah masih Miss.Kalau dia dah Mrs Mesti ayah dia panggil kita pi kenduri.Dan masa tu kita boleh buli dia dengan shooting dia dengan pelbagai aksi menyiksa macam kita buat kat bro tu minggu lepas.

    Uih staff cabuk no..Kalau ikutkan dalam laman web Uitm merbok ni hang antara orang yang teratas di atas hieraki pentadbiran.hehe.Kira nanti kalau nak sambung belajar boleh la pi jumpa hang no.

    Em Ok.Aku lani hanyalah sekadar kerani sambilan di Hospital Pulau Pinang setelah diberhentikan kerja sebagai tehcian tapak syarikat IT tahun lepas.Aku masih dok cari kerja tetap macam hangpa.hehe.Jzan dah keja tetap dah.Dia jadi programmer di USM Penang.Dia dah selamat bergelar laki orang.

    Oh Zahlia dah balik semenanjung ek.Aku ingat dia masih di dlam utan di sarawak sana.Mengikut mesyuarat kami malam rabu lepas, Nazimah lani dok kulim.Liza dok pejabat agama kepala batas sebab Jzan jumpa dia amasa nak kawin aritu.hehe.Yang lain lain tu tak taula.Kena buat program jejak kasih.

    Cakap pasal Noraini memang kami tengah cuba nak cari dia.Jzan nak tanya pak dia tapi takut di salah anggap.Mungkin kami akan hantar surat rasmi kat pak dia nanti,hahaha..pasal dia kena rasuk tu memang betui.Cuma kami lani sedih sebab tempat kejadian tu dah pun di ranapkan tanpa meninggalkan kesan...Sayang...

    ReplyDelete
  12. abg long...ni syarikat aku punya nama blok..aku mat...hang pa semua kelas pandai2 tapi aku kelas budak2 rock..hahahha..tapi apa2 pun hampa nak lantik aku jadi tok ketua blok nie bley ad gaji tak?????...hahah
    tuty lani dah jadi pegawai besaq..dulu kelas sekali ngan aku kt uitm merbok..haha nyesal aku tak sambung study..tapi apa2 pun aku besyukur..aku jd mcm nie..tak jadi mat pet..(mat drug)hahahaha
    abg long..bila kita nak jumpa skali ngan jzan..lepak2 kat kedai kopi ka..best gak..sembang2 lepak2...hahahaha

    ReplyDelete
  13. miss tuty munirah haronJuly 30, 2010 at 12:14 PM

    huhuhuhu..hampa dok tnya kat pak noraini nanti, laki die yg jawab lak..hahahhaha..

    die dah kawen kan? aku sejak sekolah rendah le tak jumpe die..

    tapi ape2 pon..kite semua masih bekerja..dari tak keje langsung..tak pe abglong..insyaAllah ade le rezeki tue..

    mad pon la ni keje besaq..aku dah lame tak jumpe hg mad..aku kdg2 dok bagi gak 'high beams' bile nmpak kete hg...hahahaha

    eh if korg nk jumpe ramai2 roger le aku ngn lia..mane tau kami free2 blh join...hehehehe..

    ReplyDelete
  14. Amboi Miss Tuty..Abeh nak buat camna.Nak tanya sapa.Macam hang pun aku tanya ayah hang.Nasib baik laki hang tak jawab.hahah.Kalau tak mau bersepai kepala aku yang memang kebetulan masatu dok kedai mat gunting rambut nak gunting rambut. Oo hang dah jadi Pegawai no.Bila nak belanja makan nasi goreng kat depan pintu pagar UiTM tu?dak pun kat pasar malam merbok tiap malam sabtu tu..hehe.Tapi malu aa nak jumpa pegawai Eksekutif.Kira tahap Puan Norzie kat UITM penang la ni.hehe..Aku cuma PT sambilan jer.hehe.

    Mat lama aku tak nampak kelibat hang.Sejak berpindah keluar dari pinang tunggal ni susah nak jumpa hang.Aku dengan Jzan lani rajin gak berjumpa.Ngobrol Ngorol sambil minum air.Tapi lepas ni tatau la boleh ka dak lepak lepak dengan dia sebab dia dah nak amik wife dia balik mai sini.Kalau nak lepak pun aku rasa kena minum air wife dia bancuh la pastni sambil layan kopok lekor..Bereh..Jzan no..heheh.

    Oh Ya Miss Tuty hang tak dak facebook ka friendster.Twitter ka..apaa ja la.Nak tengok gak muka hang lani dah jadi camna.hehe

    ReplyDelete
  15. tuty munirah haronAugust 6, 2010 at 5:32 PM

    salam semua

    alamak abglong..aku tak penah pi pon pasar malam merbok ka..kedai depan uitm ka..
    coz aku ni abis je keje..terus balik umah..hehhehehe.

    hehehhe..& sory again le kawan2..aku ade facebook tapi tak aktif pon..kdg2 aku rase aku ni anti-teknologi gak kot (iye ke? hehhehehe)..xde le mcm tue sgt..cume mls nk ber'facebook2'..aku buat facebook pon coz carik kwn2 lame aku mase kat pahang dulu..then dh jumpe aku terus tak aktif sampai le skrg..

    ermm..org ingt lagi tak cikgu sinarsuriah?
    last aku jumpe die 2thun lepas..aku gi beraye ngn mak, adik aku kat umah die.tue pon bile aku dapat tau die sakit..

    mase kami smpai tue, die siap peluk2 kami..ngis..mybe tak sangka aku, mak & adik aku gi jenguk die..(sedih gak le mase tue)

    mase tue die baru slesai buat komoterapi..
    insyaallah ade mase nnti aku ingt nak gi beraye umah die lagi..
    harap2 die dh sehat sepenuhnye..insyaAllah..
    same2 kite doakan kesihatan die..cikgu yg pnh marah, tegur, sayang kite suate ketika dulu..

    ReplyDelete
  16. Wa, hang ni isteri solehah sungguh.hehehe.Abeh ja balik umah teruih.kalau tak boleh suruh belanja makan ice kacang kat merbok dak pun sate ka.hahaha..
    Em hang pun ada facebook no.Mesti taruk nama gempar gembar ni sampai rahsia sangat.hehe..Takpala..Bukan apa kalau ada senang sket nak update.tapi takpa.Aku pun tak berapa berkenan sangat dengan facebook.Lebih banyak memerhati dari mengepos kat situ.Aku belih konservatif dalam bidang teknologi ni.Lebih suka guna email dan cara lama yang lain.

    Cikgu Sinarsuria memang aku tak boleh lupa punya.Dia kan guru kelas kita dari darjah 4 sampai darjah 6.Dengar cerita dia lani dah hajjah.Betuika dia sakit tuty.dia kena kanser apa.Aku terkedu bila baca post hang pasal dia sakit.Setahu aku dia seorang yang ceria.Umah dia masih lagi kat paya keladi kan?Kat sebelah umah cikgu Yusuf lukisan tu kan?

    Em kalau hang nak pi lagi raya tahun ni tengok dia.Hang gitau la kami sama.Boleh kami join sekali.kalau dia dok buat treatment kat spital penang mesti aku terjumpa dia.tapi tak pernah pula aku terjumpa dia.Mungkin dia buat treatment kat tempat lain kot..Ya betui kata hang kita mesti doakan semoga dia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  17. tuty munirah haronAugust 7, 2010 at 1:37 PM

    salam sume..

    die sakit..ermm..sakit ape tue..nnti aku gtau..
    ye die mmg sorg yg ceria....xde sape pon cikgu2 yg tau die sakit..kirenye die berahsia gak le..

    sampai le dh teruk sgt..bru cikgu2 lain tau..ramai gak le terkilan, nangis mase tau die sakit..coz die mmg rahsia kan..mse die cite tue..aku pon sebak dgr..if tak salah aku,die gi hospital private..metro rasenye..

    aku harap die dh ok..insyaAllah if nk pi nnti kite pi ramai2 k..

    hehehe..a'ah facebook aku ni dirahsiakan namenye..
    so sape pandai carik..mmg terer..hahahaha..malas nk meng'expose' kan diri..

    korg blh ym aku if nak..if got free time aku selalu gak on ym..

    ReplyDelete
  18. tuty munirah haronAugust 7, 2010 at 1:39 PM

    eh mad & jzan...

    hmpa ape cer skrg? dah ade anak2 ke??
    huhuhu

    ReplyDelete
  19. Em.kalau hang cakap camtu aku rasa aku boleh tau dah kanser apa dia kena.Biasala Tuty.Bagi seorang wanita ni kanser cukup mudah menyerang.Breast cancer dan servik adalah dua kanser utama yang sering menyerang wanita.Sebab tu aku cukup respect dengan wanita.Macam macam kesakitan yang terpaksa di tanggung.Tuty hang pun p la sama check semua tu kalau ada kelapangan.Jadi kan rutin.Mak aku pun meninggal kerana kanser.jadi aku tau betapa susah dan peritnya kanser ni.Bukan saja untuk pesakit tapi juga untuk keluarga.Sebagai orang luar kita kena kasi sokongan moral pada pesakit kanser supaya motivasi depa naik.Pembunuh utama pesakit kanser bukan kanser sebenarnya tapi kekecewaan depa bila mengetahui depa da kanser.

    Satu lagi orang Perempuan ni suka sangat berahsia bila kena kanser.Dek kerana pendam pendam ni la moral depa bertambah down.Apapun kita sama sama doala moga Cikgu Sinarsuria tu cepat sembuh.Semoga masih ada sinar buat dia seperti nama dia..

    kalau hang nak pi nantihang gitau la kami semua.Supaya kita semua dapat melawat dia.Aku ni lani kerja di Spital.Tempat aku ni adalah tempat untuk mengesan sejauh mana kanser tu mereka.Itu adalah core business perubatan nuklear.Jadi hari hari aku tengok patient kanser.Dari kanser payudara,hinggalah kanser kulit.sume aku dah tengok..Moga moga Allah jauhkan kita dari penyakit ni.

    ReplyDelete
  20. abg long..kalau tau cikgu sinasuriah sakit..aku comfrm akan p.coz aku tau dia jenis bagus orangnya..hang tolong bgatau alamat umah dia.xpn tuty bgtau alamat umah.aku nak p gak jumpa dia.dia ok..orang yang cool jer.tuty ..aku anak dah 1 orang dah..baru umo 10 bulan laki.nama muhammad syafiq baihaqi.hang bila lagi..aku duk jumpa paklang haron..tapi aku malas nak tanya hang..coz x elok p duk tanya hang plak kat pak hang..huhuhuhu

    ReplyDelete
  21. Awat lain macam ja ayat hang mat.Awat hang takut nak tanya Pak Lang Harun tu?Ala bukan salah pun nak tanya pasal Tuty..Aku pun selamba badak ja tanya Ayah dia kalau jumpa kat kedai mat.hehe..OO hang takut kena gosip ek.Tuty hang status hang apa dia.Berkahwin dengan anak 2 ka sampai mat takut nak tanya?Ka sebab hang bujang trang tang tang sebab tu mat segan nak tanya.Abeh sapa yang boleh tanya.Sume pakat kawin dah.Hang dah kawin.Jzan pun dah kawin.heheh.Ala tanya saja bukan nak salah.Bukan nak ngorat.Lain la hang tanya.Pak Lang haronn.No tepon tuty ada tak.hahaha..
    Em Mat kalau hang nak pi melawat cikgu sinarsuria jangan lupa ajak aku sekali.Aku nak join gak.Aku nak pi sorang seganla.Pi dengan orang berkeluarga cam hang ni rasa tak segan sangat.Kita pi time raya lagi elok..Apa apa hal hang gitau Jzan.Kami selalu berjumpa..

    ReplyDelete
  22. salam kawan2..

    selamat pose..!! sowi lame tak berceloteh..menyetelkan keje2 yg tak penah abis..huk huk huk

    a'ah kite pi ramai2 le..
    hahahhaa..awat nk pelik lak..eh abah aku org kampong panggil 'pak ndak haron' la mad..huhuhu.. alamat umah tue aku tak tau..tp umah die dekat je ngn sekolah menengah paya keladi..

    yup..btul kate hang mad..she's de best 'cikgu' ever...hoping she was fully recovered..aminnn..

    sebenarnya ..jeng jeng...aku ni single..but available..(sumtimes i think)..hik hik hik..(ok tak statement aku..)..

    amboi mad...sedap nye nama anak hang...
    ensem tak? hehhehe

    eh jzan..awat hang senyap ja...amboi aihhh..tau le wife dah ade kat cni...hehehhe gurau je..

    eh korang2 sume...hampa pakat2 mai le umah aku raye nnti..
    tapi inform aku dulu..kang aku balik kampong kang..naya je hmpa mai...hehehhehe

    ReplyDelete
  23. Salam kembali...
    Kalau tak salah aku rumah Cikgu Sinarsuria tu sebelah umah cikgu Yusuf yang mengajar lukisan kat kita dulu.Umah dia juga dekat ja dengan umah teacher zainab.Umah dia kalau tak salah banglo setingkat.Seingat aku la.Dulu masa dok nek beskal dulu aku penah mengembara sampai ke situ.Kalau jadi nak pi jumpa dia aku nak join sekali.Just set Tarikh ja.

    Haha.Mat tengok Tuty tak kisah pun tanya status dia.Aku pun kalau terserempak pak dia kat Pinang Tunggal aku tanya la khabar dia melalui Pak dia.Tapi masa tanya tu muka kena buat kasi serius.jangan la buat buat muka gatai.Kang pak dia suspect lain plak.hahaha.Satu lagi Mat hang kata pak lang tapi orang panggil Pak Ndak pulak.Hehe.Kira maklumat hang tak tepat ni.

    OOo Tuty hang masih single no..aku ingat dah kawin dah.Tu yang senyap ja..Ingatkan hang sama naik dengan Nazimah.Hehe..Singa and available no..Tapi sometimes.Ini maknanya dah ada pakwe latu.hahaha.Oh Ya Zahlia apa cita.Dah kawin gak ka dia.Ka hangpa buat perkampungan bujang kat situ.hehe

    Mat sejak hang nikah ni tak penah jumpa hang lagi.Teringin nak tengok anak hang.Wife hang orang mana mat??Jzan aku tau dah wife dia orang mana.

    Apapun raya ni kalau nak buat gathering gitau la.Aku nak join gak.Nak jumpa hangpa semua.hehe

    ReplyDelete
  24. salam kawan2....

    a'ah...umah die kt hujung tepi jalan tue..selepas simpang ke bertam (tepi sekolah menengah paya keladi, ade satu lorong kecik..masuk kat situ..

    hahahaha..alamak abglong..aku salah taip daaa..
    single but not available...hik hik hik..(perasan)


    zahlia pon single lagi..a'ah kami buat perkampungan bujang kat sini..hehhehe

    InsyaAllah..raye nnti kite pakat2 pi le k..


    wife mad org kelantan kot..pndai die 'attack' org kelantan..

    ReplyDelete
  25. Em.Sori lambat reply.Banyak benda nak dibuat.Dok rancang nak update web ni lagi.Em pasal nak pi umah cikgu tu kalau jadi nanti just buzz me no.No phone aku 0125801331.Jangan dok spam dah la.hahaha.Tapi jangan lupa perkenal diri dulu kalo sms.haha.

    OO Tuty hang single but not available.So Bila nak langsungnya?Boleh aku dengan Jan pi tembak tembak hang.zahlia pun dok tunggu pa lagi.Cikgu laku depa kata.Tambahan pulak pegawai Eksekutif UiTM merbok.Lagi laku la.hahha

    Aku pun masih bujang terlajak.Tak dak sapa yang berkenan kat aku bukan aku tak berkenan kat orang.haha.lagipun nak cari keja tetap dulu.Dah tetap baru boleh attack sapa sapa.

    Mat hang pandai no attack orang kelatan.Wa kira dah dua orang la amik pantai timur.Jan pun pantai timur, mat pun pantai timur.Mat bila nak buat Nasi kerabu kelate.Kasi kami makan sket.hehe

    ReplyDelete
  26. salam sume

    sory..aku pon dah lame tak ber'pot pet' di ruang nie..huhuhu..masing2 aku tgk diam je..aku pon diam le..hehe

    ish..xde le abglong..ape le ade pade jawatan..staf cabuk je kat situ..tak setanding ngn kawan2 yg lain..

    tak pe..muda lagi le..banyak lagi masa..huhuhu..amboi aih..awat hmpa pakat dok 'attack' org kelate nih...pandai hmpa carik noo...abglong, hg pon kene crik org kelate le..hik hik hik..

    hg sebut nasik kerabu..sedap lak aku dgr..
    hurmm..yummmy...yummy...

    ReplyDelete
  27. Sori Tuty,
    Masing masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab.Mat mungkin sibuk jadi tok siak kat Masjid.Jzan pula sibuk pi amik wife dia mai keja sini.Dulu wife dia dok ganu.

    Amboi Tuty hang rendah diri sungguh walaupun dulu dalam kelas hang antara budak perempuan yang tinggi melayut disertai sanggul yang tinggi juga.Lani rambut hang panjang macam ekor kuda lagi ker.hehehe.Em Hang tu pegawai eksekutif.Dlu aku penah keja UiTM sat.Tau la pegawai Eksekutif tu tinggi ka dak.

    Em Aku dok cari la keja cam hangpa hangpa gak.Yang menjamin masa depan.Buat masa sekarang aku cuma sekadar kerani sambilan di GH Penang.

    Nak attach orang kelantan aku tak cukup handsome macam Jzan ataupun Mat.Aku macam dulu gak la.Besar gedabak.

    Sebut Nasi kerabu aku memang suka Nasi kerabu.Tapi nak attack orang kelantan tu susah sket la.Ingat nak attack orang Utara dah la.Senang.Ambo tak gheti kecek kelate.hehe

    ReplyDelete
  28. haa..ayat memikat mau power..bukan rupa..tapi ayat mau power..alaa..abg long kalu nak awek senang jer..siam mau??..hahah..tuty ..aku duk lalu depan umah hang bleh kata tiap2 hari..duk bawa ronda anak aku...haaa..aku skrang nie cbuk skit..dgn keja luaq aku.hehehe..tuty ..kalu ada kueh2 raya lebih bagi laa kat abg long..dia desprate kueh raya,..haha..abg long..demo nak kecek klate??..meh ngan kawe..leh nujuk ko demo..maqi..maqi..

    ReplyDelete
  29. Ooo Mat mu meme hebak deh..Ambo kalau kecek kelate tak berapo cekap.Mu tak apo la dah lama praktis kelate.Ambo ghupa tak de ayat lagila tak baguhh.Ambo tak sir kecek nak adjust gewe kelete deh.Kalau mu ada gewe kelate buat ambo, kecik tapok tange stadium ismail petra ambo tadahkan.hahah..Hang ni mat.Nak bagi kat aku siam teruih.Kalau nak siam baik dulu masa sekolah ngorat Suwaree.Haha.Wa hang rajin no bawak anak nek moto.Tapi lani susah nak jumpa kat kampung.Yang pasti hang ada la kedai kat sebelah kedai mat.Aku dok ushar ushar tak nampak pun muka hang.huhu.Tuty lagi la aku tak penah tengok.Last sekali aku jumpa dia 5 taun lepas.Pastu bukan kata rupa, bayang pun tak penah tengok

    ReplyDelete
  30. salam kawan2..

    sowi lame tak berceloteh..

    1st of all, wanna wish all of u..Selamat ari rayeee..nk mintak maap kalo ade terkasar bahasa, terguris rase sepnjang persahabatan kite..

    cume ade brite sedih aku nk smpaikan..psal cikgu sinarsuriah..mak & abah aku ade terjumpe ustazah sofiah ptg smlm mase pi kenduri..& dimaklumkan bahawa cikgu sinarsuriah makin teruk..

    then mlm slm, lepas isyak aku terus pi melawat die bersama mak, adik & cousin aku..sory kwn2, coz actually not in planning..tp terus tergerak ati kami nk pi jenguk die..

    melihat keadaan die, aku terus nangis..tak sanggup tgk & tak sngka..die terlantar atas katil..

    sebelum aku balik, aku sempat cium tgn & dahi die..ucap 'tima kasih cikgu ajar saye selame nie'.. cikgu pon terus menitis airmata..tanpa sebarang perkataan keluar dr mulut die..
    selame nie kite tgk die jenis peramah,hepy go lucky..tp smlm bkn cikgu sinarsuriah kite kenal dulu..

    kawan2..
    aku mohon sgt2..same2 kite doakan die agar cepat sembuh..tak sanggup aku tgk die mcm tue..


    :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss tuty munirah haronFebruary 17, 2012 at 3:07 PM

      kawan2..apa habaq..

      kadang2 bile pegi kepala batas or bertam..n kebetulan lalu depan umah arwah cikgu sinasuriah...aku msti rasa sebak...

      rupe2 nye...aku masih merindui beliau.. :(

      cikgu...moga roh cikgu ditempatkan dikalangan orang beriman..halalkan segala ilmu... :)

      miss u so much...;(

      Delete