Monday, November 29, 2010

Coret..

lama plak tak update blog ni. Nak update blog sendiri cam takdak point. Nak cita sal kg pun takdak apa yg latest kot. Cuma kat depan masjid Kg Pmtg Setar dah clear ja. Umah Pak Ngah Lan depan umah aku pun dah lapang cam padang jarak padang terkukur. Sedey la plak..umah yg dulu tempat aku lepak, tumpang tido n main ms kecik2 dulu la ni dah tgl tapak yg tunggu masa nak didirikan jalan @ flyover..dia la kot. org yg ckp lagu tu. Tapi aku x smpat amik gambaq yg dah jadi padang jarak tu, yg sebelum ada la sekeping. Nti da ms aku snap la 2,3,4,5,6,7,8 keping.



Sebelum terlupa, kepada ex student sekolah keb Pinang Tunggal yg mengenali Cikgu Sinarsuria..beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Nov 2010. Semoga roh beliau tergolong dalam orang2 mukmin dan segala jasa dan pengorbanannya semasa mengajar dulu hanya Allah s.w.t shj yang dapat membalasnya. Insya-allah. Al-Fatihah.

Berbalik pada cita kg, aku rasa takda apa yang berubah sangat kot. Semenjak aku pindah dok kat Kepala Batas ni, jarang aku bawak slr aku tu p melilau kg. Aku rs byk lagi tempat yang aku tak shoot kat area kg tu. Klu ada member yang rs ada tempat @ lanskap yang cun, sila bagitau untuk aku p shoot. Bleh aku masuk dlm blog ni utuk dijadikan koleksi gambaq2 Pinang Tunggal. Padang Beka,Pmtg Saga tu tak abih jelajah lagi. Aku jalan2 bawak slr pun orang tgk semacam ja. Betul la ckp Bang Long, klu sorang2 ja shoot bkn org ja tgk pelik..kerbau pun boleh usha semacam ja.

Takat ni dlu kot post aku. Insya-allah aku akan kembali dengan gambaq2 yang latest n terbaik. Jumpa lagi.

** Jagalah solat anda. Solat yg sempurna dapat menghindarkan diri dari perbuatan yang keji dan mungkar...Insya-Allah. Slm.

3 comments:

  1. Sedih bila semua kenangan kita di ranapkan oleh pembangunan.Demi pembangunan kita musnahkan warisan..Buat Cikgu Sinarsuria jasa arwah tak mampu kita balas.Cuma sebagai anak murid dia mari lah sama sama kita amalkan segala yang di ajar oleh arwah semoga arwah beroleh barakah di Alam sana..

    ReplyDelete
  2. Bro apa komen kedah nk tuntut pulau pinang semula..nak mintak izin nk copy pic batu terat tu nk masuk dlm FB untuk sebarkan maklumat yg tak diketahui org kawan2 saya

    ReplyDelete
  3. Ambilla.Tapi kalau ikut kan dalam Muzium di Britain sana masih ada tersimpan perjanjian antara Siam dan Inggeris dalam penyerahan Pulau Pinang.Dalam tu ada tulis selagi ada Bulan Dan Bintang selagi tu la Pulau Pinang akan berpisah dengan Kedah.Dan bayaran 10000 Guilder Sepanyol akan dibayar setiap bulan.Depa patut tukar jadi Euro la sebab lani Eropah dah pakai Euro.Baru kerajaan kedah dapat banyak sket.Ni dak depa bayar RM10000.Mana cukup.Gaji pengerusi syabas pun lagi banyak.haha

    ReplyDelete