Wednesday, August 1, 2012

Update - Perkembangan terkini jejambat Pinang Tunggal

Assalamualaikum w.r.t.

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Alhamdulillah. Ramadhan menjelma lagi. Bersyukur ke atas segala nikmat dah rahmat yang Allah berikan yang membolehkan kita bertemu lagi pada ramadhan tahun ni.

Entry kali ini kami ingin berkongsi beberapa keping gambar terkini flyover Kg. Pinang Tunggal yang pada kiranya telah hampir siap sepenuhnya. Mungkin pada entry sebelum ini kami hanya paparkan gambar² yang sedang dalam pembikinan, dan ramai antara rakan² yang tertanya² dan belum nampak bagaimana finishing flyover ni. Lihat, dan sila berikan pandangan anda. Segala komen dari anda amat kami dihargai.

* Klik gambar untuk saiz besar.

Jalan lama menghala ke Pinang Tunggal

Traffic light. Dengaq² cita bakal jadi round about.
Pandangan dari jarak dekat. Pembinaan Laluan keretapi dibawah flyover. jalan lama ditutup sepenuhnya.

Kelihatan lori-lori keluar masuk.Kelihatan juga menara masjid disebelah kiri.

Flyover turun betul² depan masjid. Kat sini yang nampak macam tak kena skit..:-)

Reverse gambaq skit, jalan menghala ke traffic light.



Gambar² selanjutnya Insya-allah akan menyusul.

Kesempatan ini kami selaku penggerak blog penangtunggal.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat berpuasa, dan selamat berterawih.

7 comments:

  1. Lepasni..orang dah payah nak pi solat kat masjid pinang tunggal..sapa la yang bengong pi buat flyover camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak bagi susah orang.. tambah2 plak ada masjid baru kat Pinang Tunggal seberang.. anak² qariah lari p sana..haa

      Delete
  2. Kalau tgk bola...stadium tang mana pun hampa p.
    Kalau nak keluaq minum...kedai mamak kat bagan pun hampa p
    kalau kehabisan rokok tengah2 malam pun hampa cari kedai sampai jumpa....
    Ini nak p masjid tunaikan ibadah, tanda patuh hamba kepada tuan pun pikir susah....sedihlah dgn sikap umat Islam skrg...tu pun lambat lepa nak lawan Israel...yahudi tu gelak ja!!
    Wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opss..Bukan susah untuk buat amal ibadat. jgn cepat melatah. maksud susah disini cuma jalan menghala pergi ke masjid dan tempat untuk parking kenderaan. tu jek. Pergi tetap pergi..no reason..

      huhu..


      p/s: x pnh p stadium tgk bola, x pnh p minum kat mamak bagan, n x isap okok pun...:-p

      Delete
  3. Sahabat kita ni salah faham dengan isu yang kita bincangkan.Mungkin dia menyokong jejambat tu dibina dan hasilnya semakin kurang jemaah di Masjid Pinang Tunggal tu

    ReplyDelete
  4. apa-apa pun tunggu jejambat tu dah siap baru la keluarkan pendapat masing-masing...takkan jurutera yang design projek tak reti nak tengok struktur projek depa kot...nie jejambat tak siap,masing2 duk hingaq dah...

    ReplyDelete
  5. Sedara Jejambat tu dah lama siap..hasilnya bulan ramadhan lepas jemaah tarawih semakin berkurang sampai moreh pun terpaksa di berhentikan.Orang nak solat pun susah sebab nak kena buat kona lipat yang berbahaya.pun begitu pihak YB Pinang Tunggal katanya sedang berusaha nak dapatkan sebidang tanah untuk dijadikan parking.diharap dengan adanya parking tu jemaah di masjid permatang star ni kembali seperti dahulu..

    ReplyDelete