Kadangkala bila kita berserabut  atau letih, kita biasanya mengambil keputusan bercuti di tempat yang  cantik dan indah. Tapi itu untuk orang yang berduit.Kalau tak dak duit  kadangkala kita tak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan dan  ketenangan. Untuk entry kali  ini anda semua akan di sajikan satu pemandangan yang rasanya cukup  indah.Tak perlu pergi ke tepi pantai atau di atas gunung ataupun ke pulau terpencil.Cukup sekadar berhenti  sebentar di tepi jalan dalam perjalanan untuk menunaikan solat Maghrib  di Masjid atau Surau yang ada di Pinang Tunggal.

Di sini ingin disajikan kepada Anda semua keindahan suasana petang yang tenang di Pinang Tunggal sekarang.

Masih ada sawah yang masih belum ditanam padi.Jadi pemandangan terutamanya selepas hujan sebelum mentari terbenam amatlah cantik sekali seperti gambar di atas.

Sebelum Azan maghrib menjengan inilah pemandangan yang dapat disaksikan di pinggiran jalan ke Pinang Tunggal.Adakah pemandangan ini akan terus kekal? Atau nanti ianya akan digantikan dengan pemandangan Jejambat atau bangunan pencakar langit persis yang ada di sebelah pulau sekarang. Marilah berdoa agar ketengan ini terus berkekalan dan kemajuan nanti tidak akan mencuri pemandangan indah ini dari kita.....
 
 
salam ziarah
ReplyDeletejom ke blog buaya dan jadi follower sekali k