Saturday, July 9, 2011

Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kepala Batas

Saya dimaklumkan oleh rakan saya Jzan bahawa satu mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kepala Batas akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai di Pusat Khidmat DUN Kepala Batas. Saudara Jzan tak dapat hadir kerana pulang ke rumah mertuanya di Terengganu.Jadi saya mengambil inisiatif untuk mewakili beliau ke mesyuarat berkenaan kerana saya juga dijemput oleh Pengarang Kehormatan Persatuan tersebut iaitu Cikgu Anuar. Petang tu saya bertolak ke Kepala Batas seorang diri.Saya menefon dulu Cikgu Anuar untuk bertanyakan dimana tempat mesyuarat berkenaan kerana saya ingat pusat khidmat DUN Kepala Batas tu berada di Bangunan UMNO Kepala Batas.Rupanya bangunan pusat khidmat tu terletak di depan Sekolah Menengah Dearatul Maarifil Wataniah (DMW) Kepala Batas. Sewaktu sampai sudah ramai ahli yang hadir.Cuma agak sedih kerana ahli ahli nya semuanya adalah golongan vateran.Yang muda hanyalah cikgu Anuar. Mujur tak lama selepas itu seorang lagi ahli baru yang dijemput iaitu Saudara Noor Azam salah seorang kakitangan USM yang pakar dalam bidang falak tiba bersama kawannya. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi seterusnya proses pemilihan AJK Persatuan.Tetapi mesyuarat sebulat suara untuk melantik semula kesemua AJK yang lalu bagi mempercepatkan proses mesyuarat. Pada akhir slot mesyuarat Saudara Noor Azam dijemput untuk menerangkan tentang buku Warisan Falak Ustaz Fahim iaitu Arwah Datuk kepada Tun Abdullah. Beliau telah mengkaji sejarah ilmu falak yang dipelopori oleh Abdullah Fahim. Yang menariknya Arwah Ustaz Abdullah Fahim menjadi pengajar di Madrassah Al Idrissiah di Kuala Kangsar.InsyaAllah kalau ada masa nanti saya akan melawat ke madrasah berkenaan. Slot terakhir diisi oleh saya.Saya mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Persatuan kerana sudi menjemput saya menjadi ahli persatuan ini.Saya juga menceritakan perkembangan terbaru tempat tempat sejarah di kawasan Pinang Tunggal dan mengajak semua ahli untuk sama sama melawat tempat berkenaan. Saya juga mengajak ahli ahli mengenang nostalgia dan juga kepentingan sejarah kepada kita. Dato Sri pengerusi mengucapkan terima kasih dan terharu disambing beliau sendiri mengingati semula kenangan memberi hadiah kepada saya sewaku di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal dulu.Majlis selesai lebih kurang pukul 5.20 petang. Moga mesyuarat ini dapat dijadikan medium untuk saya dan saudara Jzan lebih giat mengumpul sejarah Pinang Tunggal dalam mendium siber ini.

Bendahari kehormat membentangkan belanjawan tahunan
Ahli Ahli yang hadir.

Gambar Kenangan Ahli Yang Hadir bersama AJK Persatuan

2 comments:

  1. Insya-allah nti kita ajak kawan2 sama2 join persatuan ni. nampak meriah skit klu ada xtvt nti

    ReplyDelete
  2. mcmn nak join persatuan ni...hubungi sy omaraboobakar@yahoo.com

    ReplyDelete