DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah s.a.w. menangis hingga membasahi bajunya ketika ditanya oleh Mu’adz bin Jabbal mengenai maksud firman Allah s.w.t.: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Apabila ditanya punca baginda bersedih, Rasulullah bersabda: “Engkau bertanya mengenai sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dikumpul dan dibangkitkan di hari kiamat dalam 12 kelompok.”
- Kelompok   pertama akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki, lalu   terdengar suara Allah:“Mereka ini adalah orang yang ketika didunia dulu   senang mengganggu jirannya, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat   baginya.”
- Kelompok  kedua pula di bangkitkan dalam  keadaan berbentuk babi kerana ketika di  dunia golongan ini malas seperti  firman Allah: “Celakalah! Mereka yang  mengerjakan solat, iaitu lalai  dalam solatnya.”
- Kelompok  ketiga dibangkitkan daripada  kubur dalam keadaan perut membesar  seperti gunung, dengan didalamnya  penuh ular dan kala jengking kerana  ketika di dunia mereka tidak  membayar zakat.
- Kelompok  keempat pula dibangkitkan  daripada kubur dalam keadaan mulutnya  mengalir darah kerana ketika  berniaga, mereka suka berdusta.
- Kelompok  kelima pula  dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai kerana ketika  di dunia,  mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut  dilihat  orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
- Kelompok keenam akan dibangkitkan dengan keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberikan kesaksian palsu.
- Kelompok ketujuh akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
- Kelompok   kelapan akan dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala   tersungkur, sedangkan keduadua kakinya di atas kepala dan farajnya   mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup di   dunia golongan ini suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.
- Kelompok   kesembilan pula dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajahnya yang   hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di   dunia dulu mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
- Kelompok kesepuluh dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup didunia menderhakai kedua orang tuanya.
- Kelompok   kesebelas akan dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti   tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut   manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha, perutnya penuh dengan   kekotoran kerana ketika hidup di dunia mereka gemar minum arak dan mati   sebelum sempat bertaubat.
- Bagaimanapun kelompok kedua belas, mereka akan dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan mereka akan melewati sirat (titian) seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjamaah. Mereka mati dalam keadaan bertaubat, maka balasannya ialah syurga, pengampunan, rahmat dan nikmat.
 
